Empat bidang utama jadi tumpuan rundingan antara Malaysia dan Amerika Syarikat iaitu mengurangkan defisit dagangan, menangani halangan bukan tarif, memperkukuh perlindungan dan keselamatan teknologi serta meneroka potensi perjanjian perdagangan dua hala.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Empat bidang utama jadi tumpuan rundingan antara Malaysia dan AS iaitu mengurangkan defisit dagangan, menangani halangan bukan tarif, memperkukuh perlindungan dan keselamatan teknologi serta meneroka potensi perjanjian perdagangan dua hala.
00:16Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Miti dalam kenyataannya berkata Malaysia juga berkongsi kesediaannya untuk terus bekerjasama dengan AS bagi mencapai penyelesaian dipersetujui bersama membabitkan perkara tarif timbal balas yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump.
00:33Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengetuai delegasi Malaysia untuk bertemu dengan setiap usaha perdagangan AS, Howard Lutnik dan wakil perdagangan AS, Duta Jameson Greer di Washington DC pada Khamis yang membabitkan isu tarif timbal balas dikenakan ke atas Malaysia.
00:56Malaysia juga telah menyatakan secara terbuka bahawa ia tidak akan mengambil tindakan balas terhadap AS namun bersedia untuk bekerjasama bagi mencapai persetujuan bersama mengenai kebimbangan yang dibangkitkan oleh pentadbiran Trump.
01:10Dalam kedua-dua mesyuarat itu, penekanan diberikan ke atas peranan AS yang selama ini dan akan terus menjadi antara rakan ekonomi Malaysia yang utama serta strategi.
01:22Malaysia akan terus meninjau kaedah alternatif bagi menangani kebimbangan AS selain memastikan kelansungan aliran perdagangan Malaysia-Amerika yang memberi manfaat.