Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Malaysia akan meneroka pasaran baharu berikutan kadar tarif timbal balik yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Transcript
00:00di mana Malaysia akan meneroka pasaran baru berikutan kadar tarif timbal balik yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini.
00:07Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata dalam masa sama, Malaysia juga akan terus membina rangkaian dengan negara-negara ASEAN, China, India, Australia, Jepun, Korea dan membuka pasaran baru di Eropah.
00:18Perdana Menteri memaklumkan telah berbincang secara dalam talian dengan beberapa pemimpin dunia seperti Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres, Presiden Brazil dan Presiden Turki bagi membincangkan bagaimana boleh mengembangkan pasaran.
00:37Dalam hubungan perbincangan saya dengan pemimpin-pimpin ASEAN dan baru-baru ini dengan Presiden Xi Jinping, Esul Lusat, Presiden Maldives, Presiden Kosovo, kemudian Presiden Pakistan itu akan kunjung ke Malaysia
00:55dan dari dulu yang kita, kita bersepakat bahawa yang pertama yang paling penting ialah membina keupayaan dalaman domestik kita.
01:06Membina keyakinan rakyat bahawa kita mampu berdikari, mampu membangun dengan kekuatan kita dan jaringan yang bertambah di ASEAN, di rantau Asia, dengan China, dengan India, dengan Australia, Jepun, Korea
01:22dan membuka pasaran-pasaran baru, Eropah. Dan sekarang kita kian rapat dengan Brazil.
01:31Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Madlis Perasmian Penambah Baikan dan Penaik Tarafan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh pada Jumaat.
01:41Menurut Perdana Menteri, di antara hujah penting dalam kalangan negara ASEAN pula adalah bagaimana boleh meningkatkan pelancongan inter-ASEAN.
01:48Sebab itu katanya Malaysia bersaing dengan menyediakan kemudahan dan pelaksanaannya lebih baik disamping meningkatkan tahap kecekapan pegawai.

Recommended