Maritim Malaysia meningkatkan kawalan di kawasan perairan negara susulan kebimbangan pencerobohan nelayan asing ketika musim mencandat sotong bermula April hingga September.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Musim mencandat sotong yang bermula April hingga September sememangnya dinantikan pengusaha bot dan nelayan kerana inilah tempoh yang menjadi lubuk rezeki buat mereka.
00:11Begitu juga dengan orang ramai yang menggilai aktiviti mencandat sotong.
00:16Mereka pasti tidak melepaskan peluang ke kawasan perairan Terengganu yang sentiasa menjadi tumpuan sepanjang musim ini.
00:22Namun begitu, musim ini juga mengundang kehadiran pemburu asing yang menceroboh dan merompak hasil laut negara.
00:35Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Datuk Saiful Lizad Ibrahim berkata lambatkan sotong bermutu tinggi sepanjang musim mencandat sentiasa mendapat perhatian nelayan asing.
00:47Sehubungan itu, Maritim Malaysia bertindak meningkatkan kawalan dan pemantauan bagi mengekang pencerobohan bot nelayan asing untuk mencuri hasil laut.
00:57Nelayan asing ini berterusan masuk. Jadi di waktu musim-musim sotong ini, APMM pun memberi fokus yang lebih juga.
01:09Jadi APMM sentiasa bersiap syaga, memastikan keusurkan nelayan asing ini. Bukan sahaja di musim mencandat sotong, bahkan berterusan.
01:22Usaha-usaha ini berterusan dan kita meletakkan aset-aset kita sepanjang masa 24-7 di laut sana.
01:29Dalam pada itu, Saiful Lizad mengingatkan pengusaha bot tempatan yang akan membawa pemancing mencandat sotong supaya memastikan kelengkapan keselamatan sentiasa mencukupi.
01:37Mereka juga digesa melaporkan pergerakan kepada Maritim Malaysia bagi memudahkan operasi penyelamatan sekiranya berlaku situasi tidak diingini.
01:46Beliau berkata demikian selepas majlis serah tugas pengarah Maritim Negeri Terengganu pada Jumaat.