Dua lelaki termasuk seorang warga China yang dipercayai dalang utama sindiket pengedaran dadah ke Eropah ditahan polis di Sepang, Rabu lalu.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Dua lelaki termasuk seorang warga Cina yang disyaki dalang utama sindiket pengedaran dadah ke Eropah ditahan polis di Sepang Rabu lalu.
00:09Polis turut merampas 144 bungkusan plastik lutsina dipercaya mengandungi ketulan bunga ganja dianggarkan seberat 75.51 kg yang bernilai 2.64 juta ringgit.
00:23Dadah berkenaan boleh digunakan kira-kira 151,000 penagih sekiranya terlepas ke pasaran.
00:34Menirut pemangku pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Dupitri Komisioner Madzani, Elayas Mohamad Salahudin Ciali,
00:41Siasatan juga mendapati mereka menggunakan homestay yang disewa dengan harga RM180 sehari sebagai store penyimpanan dadah sebelum dihantar ke pasaran antarabangsa.
00:50Suspek pertama ditahan di kedai kopi di Sepang kira-kira 5.25 pagi dan suspek kedua kira-kira 50 minit kemudian di sebuah rumah di kota warisan.
01:00Penahanan membawa kepada serbuan ke sebuah homestay di Bukit Canggang Banting pada hari sama yang mana polis menemui ketulan dadah dipercayai bunga ganja.
01:09Polis turut merampas wang tunai pelbagai mata wang bernilai lebih RM25,000.
01:13Siasatan lanjut mendapati sindiket itu dipercaya aktif sejak Januari lalu dan hasil ujian air kencing menunjukkan kedua-dua suspek negatif dadah.
01:23Semakkan rekod jenayah mendapati tiada sebarang kesalahan lampau dilakukan.
01:26Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Perbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara subuh hidup serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.
01:40Polis sedang menyiasat sama ada suspek warga China itu memasuki negara ini menggunakan dokumen perjalanan yang sah atau sebaliknya.
01:46Terima kasih telah menonton!