Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Lapan individu termasuk seorang wanita dikenali sebagai Bella mengaku salah atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh, pukul dan mengurung seorang lelaki berusia 22 tahun minggu lalu.
Transcript
00:00Lapan individu termasuk seorang wanita yang dikenali sebagai bela mengaku bersalah di Mahkamah Magistrat Johor Bahru atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh, memukul dan mengurung seorang lelaki berusia 22 tahun pada minggu lalu.
00:14Tertuduh Muhammad Akmal Hafifi Mustafa Kamal, Ahmad Rushdie Jumadi, Muhammad Nur Syafiq Abdullah, Muhammad Haikal Zulkarnain, Muhammad Amirul Hakim Samsuri, Muhammad Danish Hakim Kamaruddin, Samsul Hamizi Saiful Razali dan Nur Adriana Balkish Anabela Nur Azman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Atifa Hazimah Wahab.
00:44Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama dua lagi individu yang masih bebas mengurung melakukan ugutan jenayah bunuh dan pemerasan terhadap Muhammad Faris Syahmi, Muhammad Rizwan sehingga mangsa bersetuju membayar wang sebanyak RM650 ke akaun e-Dompet salah seorang tertuduh dan menyerahkan kunci motosikal miliknya.
01:04Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pangsa puri di Jalan Bunga Desi, Plain Tong Masai, Johor pada 18 April hingga 19 April antara jam 10 malam hingga 4 pagi.
01:16Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 342, Seksyen 384 dan Seksyen 506.
01:21Kandung keseksaan Akta 574 boleh dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama.
01:26Sementara itu, di kamaran yang sama, kesemua tertuduh lelaki mengaku bersalah atas satu lagi tuduhan bersama seorang lagi individu yang masih bebas iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa di lokasi, tarikh dan masa yang sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
01:41Mahkamah memerintahkan kesemua tujuh tertuduh lelaki diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin, manakala bela dijamin sebanyak RM14,000 dengan seorang penjamin.
01:53Mahkamah menetapkan 3 Jun depan sebagai tarikh bacaan, fakta kes dan jatuh hukum.

Recommended