Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
AS dijangka tawar pakej senjata lebih $100B kepada Arab Saudi sempena lawatan Trump ke Riyadh, disertai syarikat pertahanan utama.
Transcript
00:00Amerika Syarikat dijangka menawarkan pakej senjata bernilai lebih 100 bilion dolar Amerika kepada Arab Saudi.
00:06Pengumuman rasmi dijangka dibuat semasa lawatan Presiden Donald Trump ke Riyadh bulan depan.
00:11Cadangan baru ini menyusul selepas pentadbiran Presiden Joe Biden sebelum ini gagal memutamatkan Pakatan Pertahanan dengan Riyadh
00:19yang turut melibatkan rundingan untuk menomalisasikan hubungan dengan Israel.
00:24Antara lain, Biden menawarkan akses kepada senjata canggih Amerika sebagai balasan kepada penamatan pembelian senjata dari China
00:31dan sekatan pelaburan Beijing di negara itu.
00:34Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada cadangan terkini Trump turut mengenakan syarat-syarat serupa.
00:41Setakat ini, pihak White House, Pentagon dan kerajaan Arab Saudi belum memberikan sebarang maklum balas rasmi terhadap laporan tersebut.
00:49Antara syarikat yang dijangka membekalkan senjata termasuk Lockheed Martin yang berkemungkinan membekalkan pesawat pengangkutan C-130, peluru berpandu dan sistem radar.
01:00Selain itu, RTX Corp, Boeing, Northrop, Grumman dan General Atomics juga dijangka memainkan peranan penting dalam pakej ini.
01:08Terima kasih telah menonton!

Recommended