The Wall Street Journal pada Rabu melaporkan bahawa Rumah Putih sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lebih separuh daripada 145 peratus tarif yang dikenakan ke atas import China.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Amerika Syarikat kemungkinan akan mengambil langkah menurunkan tarif ke atas China dalam usaha menghidupkan semula rundingan perdagangan.
00:09Perkara itu dimaklumkan oleh bekas utusan Presiden Donald Trump ke China, Terry Branstad.
00:16Menurut laporan South China Morning Post, Branstad berkata Beijing juga perlu melakukan tindakan sama jika satu perjanjian bersama mengenai perkara itu diadakan.
00:26Dia juga meramalkan akan ada langkah bagi mengurangkan beban dan petunjuk bahawa wujud keperluan kepada perjanjian antara kedua-dua negara itu.
00:37Branstad turut menjanggakan berlaku berapa perjanjian antara negara lain terlebih dahulu.
00:43Bagaimanapun, dia mengharapkan dalam tempoh yang tidak terlalu lama, perkara sama akan dibincangkan dengan China.
00:49The Wall Street Journal pada Rabu melaporkan bahawa White House sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lebih separuh daripada 145% tarif yang dikenakan ke atas import China.
01:02Menurut White House, China kini berdepan tarif sehingga 245%.
01:06Angka itu termasuk tarif antara 7.5% hingga 100% sebelum Trump mengambil alih semula pentadbiran.