Presiden AS Donald Trump menegaskan peranan penting negaranya dalam memperkukuh NATO, menyatakan tanpa penglibatan Washington, pakatan itu tidak akan memiliki kekuatan seperti sekarang.
Category
🗞
NewsTranscript
00:01Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menegaskan kepentingan hubungan negaranya dengan pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO namun menyatakan bahawa kekuatan sebenar pakatan itu banyak bergantung kepada penglibatan Amerika Syarikat.
00:14Dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Norway Jonas Garstor di White House, Trump berkata NATO tidak akan menjadi sekuat sekarang tanpa peranan aktif Washington.
00:30As the former Secretary General who did a great job, can tell you we played, I played when I was there a very big role in making sure that NATO is funded by the 28, at that time they had 28 countries including us because many of the countries weren't paid and they ended up being paid you would say and the Secretary General was very nice about it.
00:56Trump turut memuji bekas setiausaha agung NATO, Jens Stoltenberg yang turut hadir dalam mesyuarat itu sambil menegaskan bahawa beliau telah membantu memastikan negara-negara anggota memenuhi komitmen kewangan masing-masing kepada NATO.
01:10Hubungan Amerika Syarikat dan NATO sering menjadi tumpuan semasa pentadbiran Trump sebelum ini apabila beliau mengkritik beberapa negara anggota kerana gagal memenuhi sasaran perbelanjaan pertahanan.
01:21Walaupun Trump sebelum ini mempertikaikan beberapa aspek kerjasama NATO, kenyataan terbarunya menunjukkan pengiktirafan terhadap pentingnya kerjasama transatlantik terutama di tengah ketegangan geopolitik yang melibatkan Rusia dan rantau Asia Pasifik.
01:37Terima kasih.
01:39Terima kasih.