Foodpanda Thailand akan ditutup sepenuhnya bermula 23 Mei ini ekoran mengalami kerugian selama 13 tahun operasinya.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Syarikat penghantaran makanan dari Jerman yang beroperasi di Thailand, Foodpanda, mengumumkan bakal menutup operasi di negara gajah putih itu bermula 23 Mei ini.
00:10Keputusan dibuat selepas rekod keuangan dan angka daripada kredin data mendedahkan bahawa delivery hero Thailand tidak pernah mencatat keuntungan sepanjang 13 tahun operasinya.
00:23Pada tahun 2023, syarikat itu merekodkan pendapatan sebanyak 3.84 bilion baht tetapi masih mengalami kerugian sebanyak 522 juta baht.
00:37Dalam tempoh 5 tahun dari 2019 hingga 2023, jumlah kerugian terkumpul mencecah 13.36 bilion baht.
00:47Walaupun langkah penjimatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah mula mengurangkan kerugian, ia ternyata tidak mencukupi untuk memastikan kelangsungan jangka panjang dalam pasaran Thailand.
01:00Sebelum ini, pesan ketepatan, lineman Wong Nai sedang mempertimbangkan untuk mengambil alih operasi Foodpanda di Thailand.
01:07Namun perjanjian tersebut gagal direalisasikan membuatkan delivery hero memutuskan untuk keluar sepenuhnya.
01:14Pengunduran Foodpanda menandakan perubahan besar dalam landscape penghantaran makanan di Thailand, meninggalkan pesaing lain merebut bahagian pasaran yang ditinggalkan.