Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.4% pada Mac 2025, dengan mata indeks mencecah 134.1 berbanding 132.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, peningkatan ini didorong oleh peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan pada 3.6%.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.4% pada Mac 2024 dengan mata indeks mencecah 134.1 berbanding 132.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
00:13Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Muhammad Uzi Mahidin berkata, peningkatan inflasi pada Mac 2025 didorong oleh peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan penjagaan diri, pelindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan pada 3.6%.
00:28Dan sudah bersedia dalam talian untuk bantu kita fahami kedudukan inflasi setakat ini adalah Prof. Emeritus Dr. Barjaya Badai, merupakan Prof. Malaysia University of Science and Technology Mas.
00:38Saya nak ucapkan terima kasih Prof. Kena sudah dimulakan masa bersama kami kalau kita lihat inflasi terus dalam keadaan dikatakan terkawal dan stabil melihat kepada angka meningkat secara perlahan dengan angka terkini pada bulan Mac 1.4%.
00:53Apakah antara faktor utama yang menyumbang kepada kadar inflasi yang rendah ini?
00:58Adakah ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonomi atau terdapat risiko tersembunyi yang perlu diambil kira?
01:04Terima kasih Janina. Secara keseluruhannya penurunan kadar kenaikan inflasi pada bulan Mac khususnya adalah disebabkan oleh keadaan ekonomi global
01:23yang lebih baik dari segi keseluruhan perdagangan yang lebih baik dari segi keseluruhan perdagangan
01:30di mana kos pengeluaran menurun. Ini termasuk kos minyak mentah yang menurun agak ketara.
01:43dan juga disebabkan kadar harga perkhidmatan komunikasi dan di Malaysia kesan daripada Ron 97 disebabkan penurunan harga minyak mentah dunia.
02:05Kemudian ada kemungkinan kestabilan harga yang wujud dalam harga gas, masak dan pengangkutan awam
02:23menyebabkan sentimen menjadi lebih reda. Ini juga dikaitkan dengan tekanan permintaan yang berkurang.
02:37mungkin ada kemungkinan kesan jangka panjang yang kita perlu perhatikan di sini kerana penurunan tekanan permintaan boleh menunjukkan kelemahan permintaan isi rumah.
02:56dan Malaysia sangat bergantung kepada penggunaan persendirian ataupun isi rumah untuk memacu ekonomi kita.
03:08Jadi kalau tekanan permintaan mengurang maknanya isi rumah semakin berhati-hati untuk perbelanja
03:16mungkin akan menurunkan perbelanjaan di dalam jangka pertengahan dan ini boleh menurunkan kadar pertumbuhan ekonomi.
03:25Tapi juga satu kesan yang perlu diambil kira ialah kerana asas pengiraan kita adalah berasas pada angka yang lebih besar di masa lepas
03:38atau di bulan-bulan lepas menyebabkan kadar yang ditunjukkan di bulan Mac khususnya adalah lebih rendah.
03:48Dan kita melihat kepada sektor penjagaan diri, pelindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan menunjukkan peningkatan inflasi yang lebih perlahan
03:58seperti yang Prof kongsikan tadi sebab penurunan kadar adalah disebabkan isi rumah lebih berhati-hati untuk berbelanja ketika ini.
04:07dan melihat juga tekanan harga yang rendah dalam kategori makanan dan bukan makanan serta inflasi teras yang minimum, apakah langkah-langkah tambahan yang boleh diambil oleh kerajaan
04:18untuk pastikan kesabilan harga Prof dapat terus dikekalkan?
04:22apa yang menarik ialah misalnya di dalam harga makanan, makanan yang dimasak di rumah naik sedikit kos inflasinya
04:39sedangkan makanan yang dibawa dari luar turun sedikit kadar inflasinya
04:45ini membayangkan perubahan sikap pengguna-pengguna lebih menumpukan kegiatan masak di rumah berbanding dengan membeli daripada luar
05:00yang telah menguasai pasaran untuk lebih dua tahun yang lepas
05:06jadi mungkin sekarang kita dah normalize the economy, pengguna sudah mula balik kepada tabiat asal sebagai isi rumah yang biasa
05:20dan kalau kita lihat juga mana peranan kerajaan sangat penting untuk mengekalkan keadaan ini
05:29kerana kita nak memastikan bahawa harga ini terus stabil
05:34dan hari ini bulan Mac merupakan satu petanda yang sangat baik
05:39kadar penurut inflasi kita adalah terendah dalam tempoh empat tahun yang lepas
05:47dan kalau ini boleh dikekalkan kita boleh cuba beat ramalan
05:57kerana ramalan mengatakan bahawa inflasi untuk tahun 2025 keseluruhannya mungkin naik sampai 3.5%
06:05kalau trend ini berterusan mungkin kita akan mendapati tahun ini
06:12kadar inflasi kita di bawah 2% insyaAllah
06:15baik itu adalah antara harapan kita mengenai inflasi negara
06:20dan menambah apa yang dijangkaan oleh CIMB Investment Bank
06:25yang telah menjagakan penurunan OPR
06:27sebanyak 25 mata asas pada Julai 2025
06:30jadi bagaimana penurunan ini dijangka
06:33mempengaruhi pertubuhan ekonomi dan kestabilan kewangan negara
06:36dalam konteks ketidaktentuan peragangan global
06:39yang dijangka akan berlanjutan sehingga akhir tahun ini
06:42penurunan kadar paedah adalah merupakan senjata 2 mata
06:54kalau dia diturunkan 25 atau 50 mata misalnya menjadi 2.5%
07:03di satu pihak dia akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi selanjutnya
07:10mungkin menggalakkan perbelanjaan juga
07:13tetapi di satu pihak yang lain dia boleh meningkatkan tekanan inflasi
07:19kerana bekalan wang dalam pasaran akan bertambah
07:22jadi kalau pengumuman ini dilakukan nanti kita perlu secara berhati-hati
07:31melihat apakah kemungkinan kesan
07:33jadi kalau bank negara nak menurunkan ini
07:38kalau boleh jangan diturunkan sehingga 50 mata sekaligus
07:4325 mata dulu
07:45kita lihat kesan dia dan kemudian kita akan seterusnya melakukan langkah selanjutnya
07:52saya merasakan bahawa penurunan kadar paedah ini adalah dialu-alukan
08:01kerana kita perlu memacu ekonomi kita
08:06inilah masa yang terbaik memacu ekonomi kita untuk mencapai puncak di tahun 2026 nanti
08:14dengan unjuran inflasi juga Prof yang sederhana pada suku kedua 2025
08:19apa antara strategi jangka panjang yang boleh diambil oleh Malaysia untuk pastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan
08:26dan dapat kurangkan lagi risiko inflasi yang tidak terkawal
08:29dalam jangka pendek ini saya merasakan
08:35kalau tarif ini berkuat kuasa selepas 90 hari
08:42saya rasa tekanan dalam ekonomi dunia akan berlaku
08:46mungkin kadar harga import akan meningkat
08:53dan kadar pertukaran kita mungkin boleh menjadi sedikit lemah
08:57jadi kita perlu lebih berhati-hati dalam polisi
09:01misalnya di dalam polisi
09:05penstrukturan subsidi bagi RON 95
09:10kita mungkin perlu lebih berhati-hati
09:12dan melakukan secara tactful untuk tidak menyebabkan kadar inflasi meningkat
09:19dan menyebabkan sentimen pasaran terus lemah
09:22dan dalam jangka pertengahan kita masih perlu meningkatkan kadar gaji dan upah
09:29dan kita ini perlu dilakukan melalui peningkatan aktiviti
09:33dan secara keseluruhannya kita perlu
09:38melangsaikan matlamat kita di dalam keselamatan makanan
09:46untuk memastikan kita menambah pengeluaran makanan dalam negeri
09:52dan melibatkan lebih ramai petani-petani kecil bagi meningkatkan pendapatan mereka
09:58baik itu adalah antara cara-cara bagaimana Malaysia dapat mendepani segala cabaran
10:04terutamanya daripada faktor luaran
10:07tidak dilupakan juga
10:08Malaysia juga merupakan pengurusi ASEAN pada tahun ini
10:12bagaimana untuk kita menilai kadar inflasi Malaysia berbanding dengan negara-negara jiran di ASEAN
10:18penting untuk kita meliti perkara ini kerana ketika ini kita sedang mengebudi kepimpinan ASEAN
10:24bergerak ke hadapan dan negara-negara lain akan menjadikan kita sebagai contoh
10:28untuk melihat bagaimana sebenarnya Malaysia iaitu mengurus pelajaran dan kadar harga di negara sendiri
10:37jadi apa langkah-langkah yang boleh diambil untuk pastikan Malaysia
10:41kekal kompetitif dalam konteks ekonomi serantau dalam masa sama memimpin kesemuanya
10:47Alhamdulillah sebenarnya kadar inflasi Malaysia
10:53walaupun dianggarkan akan meningkat lebih daripada 2%
10:59tetapi adalah paling rendah di negara ASEAN
11:04kecuali Brunei, Brunei kadar inflasinya dalam lingkungan 1%
11:09tapi berbanding dengan negara-negara lain termasuk Singapura pun
11:14kadar inflasi kita adalah terendah di ASEAN
11:17dan ini menjadikan kita dilihat sebagai seolah-olah pemimpin ekonomi
11:25dari segi pertumbuhan
11:28dan kalau ini dikaitkan juga dengan misalnya
11:31kadar gaji minima, kadar upah median dan purata
11:39Malaysia adalah merupakan negara yang lebih terhadapan dari negara-negara lain di ASEAN
11:46dari segi kadar pertukaran ringgit pun kita adalah yang terbaik di ASEAN
11:53of course kadar kita jauh lebih rendah dari Singapura dan Brunei
11:59tetapi secara umum kita merupakan berupaya mengawal mata orang kita
12:07seperti yang kita kendaki
12:09jadi secara keseluruhan sebenarnya Malaysia perlu meneruskan langkah pertumbuhan ekonomi kita
12:17dengan meningkatkan pertumbuhan perniagaan-perniagaan mikro, kecil dan sederhana
12:26kerana itu yang akan menjadi pemacu utama ekonomi di dekad akan datang ini
12:33kita harap yang terbaik walaupun inflasi Malaysia dijangka akan melebihi 2%
12:40namun ia lebih rendah berbanding negara ASEAN
12:42namun perlu ada usaha yang berterusan untuk memastikan inflasi Malaysia
12:47kekal berada dalam keadaan terkawal, stabil, memastikan daya tahan
12:52dan rakyat juga berada dalam keadaan sejahtera untuk memastikan setiap aspek
12:57ataupun inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dapat memacu ekonomi dalam pelbagai aspek
13:02sekali lagi saya nak ajakkan terima kasih kepada Prof
13:05jangan kemana, selepas ini kami akan bawakan perkembangan ringgit Malaysia
13:09untuk melihat perbandingannya di peringkat dunia bersama USD dan pasaran saham tempatan
13:15selepas kita berterihat selepas ini
13:17selamat menikmati