Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/15/2025
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan bahawa mangsa culik di Seremban, Negeri Sembilan telah disorokkan dalam bagasi sebelum dilarikan.
Transcript
00:00Seorang remaja berusia 16 tahun yang diculik di Seremban, Negeri Sembilan Khamis lalu disorok dalam sebuah bagasi bagi mengelakkan dikesan ketika penjenayah memindahkannya dari kenderaan ke sebuah rumah.
00:13Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Muhammad Syuhaili Muhammad Zain berkata, siasatan menapati penculikan itu didalangi seorang suspek wanita.
00:24Katanya mangsa diculik ketika berjalan ke kedai Serebanika di Uptown Avenue Seremban 2.
00:30Mangsa sebelum itu bersama ibunya pergi ke sebuah selun di kawasan sama.
00:34Namun dalam perjalanan ke kedai Serebanika, mangsa diculik dua lelaki dan dimasukkan ke dalam kenderaan sebelum melarikan diri.
00:42Ibu mangsa kemudian menghubungi Datuk mangsa yang kemudian membuat laporan polis.
00:47Menurut Muhammad Syuhaili, ibu mangsa yang menerima panggilan daripada penjenayah menuntut wang tebusan RM2 juta,
00:54membayar RM280,000 serta menyerahkan beberapa barang emas keesokannya.
01:00Bertindak atas laporan, polis menahan enam individu termasuk tiga wanita berusia 20 hingga 31 tahun pada Isnin
01:06serta merampas RM180,000 dipercayai sebahagian daripada wang tebusan.
01:13Polis turut merampas beberapa telefon bimbit dan pengesan logam dipercayai digunakan penjenayah
01:18untuk mengesan alat pengesan dalam beg yang digunakan untuk membayar wang tebusan.
01:23Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Kurungan 1 Akta Penculikan 1961.
01:29Isnin lalu, seorang lelaki yang disyaki terbabit kes culik itu maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis
01:34di Bandar Bukit Tinggi Kelang, Selangor.

Recommended