Penerbangan dari dan ke India dikesan mengelak ruang udara Pakistan bermula lewat malam Selasa hingga awal pagi Rabu, susulan ketegangan memuncak antara dua negara bersenjata nuklear itu. India dilaporkan melancarkan serangan peluru berpandu ke tiga lokasi di Pakistan dan wilayah Kashmir, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut. Pakistan menyifatkan serangan itu sebagai “tindakan perang yang terang-terangan” dan mendakwa menembak jatuh lima pesawat India — dakwaan yang belum disahkan oleh India. Beberapa syarikat penerbangan termasuk IndiGo, Air India dan Qatar Airways turut membatalkan penerbangan ekoran penutupan ruang udara dan lapangan terbang.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Ruang udara Pakistan dikesan tidak digunakan oleh pesawat yang datang dari India dan ke India lewat malam selasa hingga awal Rabu menurut data dari Flight Radar 24.
00:11Ia susulan ketegangan yang meningkat antara dua negara jirannya itu.
00:15Langkah pengalihan penerbangan ini berlaku selepas India melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pakistan dan wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan pada Rabu mengorbankan sekurang-kurangnya 8 nyawa.
00:26Pakistan menyifatkan serangan itu sebagai tindakan peperangan yang nyata dan antara yang terburuk dalam lebih dua dekad.
00:36Tentera Pakistan berkata tiga lokasi telah diserang oleh India dan judul cakap tentera memberitahu Reuters bahawa lima pesawat India telah ditembak jatuh dawaan yang dinafikan oleh pihak India.
00:47Syarikat penerbangan utama termasuk Indigo, Air India dan Qatar Airways telah membatalkan penerbangan di kawasan India dan Pakistan berikutan penutupan ruang udara serta lapangan terbang yang terjejas.
01:00Serangan India dikaitkan dengan insiden serangan militan ke atas pelancong Hindu di Kashmir yang mengorbankan 26 nyawa bulan lalu.
01:07India menyalahkan militan berpangkalan di Pakistan tetapi Islamabad menafikan pelibatan.
01:13Sejak gencatan senjata pada 2003 yang diperbaharui pada 2021, serangan sasaran antara kedua-dua negara amat jarang berlaku khususnya serangan oleh India ke atas kawalan Pakistan di luar wilayah Kashmir.