Tentera Pakistan melancarkan serangan balas ke atas India dengan menembak jatuh lima jet pejuang milik Tentera Udara India (IAF), termasuk tiga Rafale, satu Su-30MKI dan satu MIG-29 Fulcrum, serta memusnahkan ibu pejabat briged India. Serangan balas ini berlaku selepas India melancarkan 24 serangan peluru berpandu ke atas enam kawasan termasuk di Punjab dan Azad Kashmir, yang mengorbankan lapan rakyat Pakistan dan mencederakan 35 yang lain. Ketegangan ini berlaku susulan serangan di Pahalgam, IIOJK, yang mengorbankan 26 pelancong. Kementerian Pertahanan Pakistan menyifatkan tindakan India sebagai serangan kejam terhadap orang awam, sementara Pakistan menegaskan akan terus mempertahankan kedaulatan negara dengan sepenuh kekuatan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:01Ditemu semula, tentera Pakistan menembak jatuh 5 jet pejuang India dalam satu serangan balas susulan tindakan agresif India melancarkan serangan peluru berpandu ke atas 6 kawasan di Pakistan termasuk di Punjab dan Azad Kashmir.
00:15Menurut pengarah General ISPR, Lieutenant General Ahmad Sharif Chaudhry, jet Rafale, jet itu dan MIG-2629 antara pesawat yang musnah manakala semua pesawat tentera udara Pakistan PAF berjaya pulang dengan selamat.
00:45And so far, I can confirm you that 5 jet pejuang India, including 3 Rafale, 1 Su-30 and 1 MIG-29 have been shot down and 1 Heron drone has also been shot down.
01:02Serangan peluru berpandu India menyebabkan 8 rakyat Pakistan terkorban dan 35 lagi cedera.
01:08Kebanyakan sasaran merupakan kawasan awam termasuk masjid dan kediaman.
01:13India sebelum ini melancarkan serangan ke atas 6 lokasi, Kolti, Bahawarpur, Muriki, Bak dan Muzaffarabad selepas serangan di Pahagam, Jamu dan Kashmir yang mengurubankan 26 pelancong.
01:27Menteri Pertahanan Pakistan, Kawajah Asif berkata, Pakistan kini berada di kedudukan lebih kuat selepas tindakan balas ini, menekali timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar, Ishak Dar mengecam tindakan India sebagai agresif dan tidak berasas.
01:42Misurat Majlis Keselamatan Negara NSC telah dipanggil segera oleh Perdana Menteri Syabas Sharif bagi merangka tindak balas strategik negara.