Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Adakah kegagalan menyekat aplikasi seperti InDrive dan Maxim mencerminkan kelemahan struktur dalam sistem kawal selia industri p-hailing di Malaysia? Ketahui lebih lanjut tentang isu-isu utama dan cadangan penyelesaian daripada Bryan Ng Yih Miin, Penaung Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia.
Transcript
00:00Alright, next I'm going to move on to the next discussion. Kerajaan digesa supaya bertindak menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap dua aplikasi e-hailing dari Rusia iaitu InDrive dan Maxim termasuk menutup akses platform kerana didakwa beroperasi secara haram.
00:15Persatuan Perhantar Pihailing Malaysia, Perhantar Malaysia berkata kedua-dua platform secara dalam talian itu didapati terus menawarkan perkhidmatan tanpa mematuhi peraturan ketat yang ditetapkan di bawah akta sedia ada.
00:27Antaranya operator berkenaan didapati tidak pernah langsung memastikan pemandu-pemandu mereka memiliki lesen vocational kenderaan perkhidmatan awam PSV yang sah sebagaimana telah diwajibkan oleh undang-undang negara ini.
00:38Dengan itu, saya mempersilahkan tetamu untuk bantu kita fahami lebih mendalam perkenali perkara ini adalah Brian Ngimin, Penawang Persatuan Perpaduan Rakan Perhantar Malaysia.
00:47Saya nak ucapkan terima kasih, Brian, kerana sedikit meluangkan masa bersama kami.
00:50Pertama sekali, adakah kegagalan menyekat aplikasi seperti InDrive dan Maxim sebenarnya mencerminkan kelemahan struktur dalam sistem kawalan selia industri Pihailing termasuk ketidakselarasan antara APED, MCMC, sehinggalah penyedia platform digital global.
01:07Pandangan Brian.
01:09Terima kasih. Jawapannya, ya. Ini menunjukkan kegagalan dalam menyekat aplikasi seperti InDrive dan Maxim mencerminkan kelemahan dalam struktur kawalan selia.
01:21Di mana, seperti yang semua tahu, untuk menjadi grab driver atau driver dalam e-healing ini, dia perlukan lesen seperti PSV.
01:33Tetapi pada hakikatnya, ramai yang tidak mempunyai lesen tersebut, tapi dia tetap menjalankan perkhidmatan di bawah beberapa syarikat atau platform.
01:45yang menyebabkanlah isu ini di mana keraja mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut.
01:51Padahal, memang isu kawalan selia itu ada.
01:57Macam mana kita nak pastikan bahawa kesemua driver atau pemandu itu mematuhi dan mempunyai lesen PSV dan mematuhi kesemua syarat-syarat tersebut.
02:08Jawapannya, memang buat masa ini amat susah. Setiap hari terdapat pemandu-pemandu yang masuk dalam industri dan ini adalah amat impossible atau tidak mungkin untuk kerajaan kini mengawas selia.
02:28Tetapi saya percaya perkara ini mesti ditangani, dia mesti ada kaedah untuk kerajaan mengawas selia perkara ini.
02:41Dan saya percaya pada masa yang sama, ini juga membuktikan ada isu ketidakselarasan di antara agensi seperti APAT dan MCMC yang menyumbang kepada isu ini.
02:53Saya percaya isu ini bukan satu isu satu-satu sahaja atau yang isolated.
03:01Tetapi ini adalah isu yang lebih besar lagi yang perlu dilihat oleh kerajaan Malaysia.
03:08Dan ketiadaan koordinasi yang berkesan antara kedua-dua agensi ini menyebabkan kesukaran dalam mengawal operasi aplikasi PH-Link yang tidak berlesen tersebut.
03:20Dan ketidakselarasan, ketidakseragaman dan juga kalau kita lihat kaedah pengawasan lain yang perlu diteliti semula,
03:29termasuk juga dengan ketiadaan proses pemantauan dan penyaringan yang menyeluruh terhadap pemandu sebelum mereka mula beroperasi.
03:37Adakah ini menjadi punca utama kebanjiran pemandu tanpa PSV atau tanpa insuransi?
03:41Itu adalah yang telah dikongsikan oleh Brian.
03:45Namun kita nak lihat daripada isu-isu masalah struktur ini, siapa sepatutnya tanggungjawab?
03:51Kerajaan, syarikat aplikasi ataupun agensi penguatkuasa?
03:55Untuk perkara ini saya rasa pertama mestilah syarikat aplikasi tersebut atau syarikat platform tersebut
04:04mesti mengambil tanggungjawab kerana apabila mereka memohon untuk lesen intermediary tersebut
04:12atau untuk lesen syarikat healing tersebut, dia telah berjanji, aku janji untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
04:23Di antara lain adalah untuk pemandu-pemandu mempunyai lesen PSV.
04:28Dan ini adalah amat penting kerana ini yang akan memberi kesan kepada public safety atau keselamatan awam.
04:35Dan bukan hanya untuk yang menggunakan perkhidmatan tetapi juga kepada pengguna jalan raya.
04:45Itu pertama, saya rasa syarikat aplikasi yang sepatutnya memainkan peranan untuk memastikan pemandu mereka mematuhi
04:52ke semua keperluan undang-undang termasuk keperluan untuk ada PSV dan untuk kepatuhan yang lain.
05:01Pada masa yang sama, saya percaya kerajaan juga haruslah mempunyai inisiatif atau tanggungjawab
05:11memainkan peranan di mana menetapkan dasar dan peraturan yang lebih jelas dan memastikan pelaksanaan atau execution.
05:20Dan bukan hanya untuk pelaksanaan tetapi juga enforcement, penguatkuasaan.
05:24Kerana tanpa penguatkuasaan, syarikat-syarikat seperti sekarang you nampak dalam kes ini, in drive.
05:32Mereka tidak mematuhi, kemungkinan besar adalah kerana penguatkuasaan yang tidak longgar atau tidak kuat.
05:43Pada masa yang sama, saya percaya agensi penguatkuasaan, APAD, perlu menjalankan penguatkuasaan
05:49yang lebih tegas. Pada masa yang sama, kena melihat kepada isu di mana macam mana kita boleh memastikan
05:56kesemua pemandu yang tiap-tiap hari masuk ini, dia mematuhi dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
06:07Dan pada masa yang sama, saya percaya ini kerajaan yang saya kena sentuh.
06:13di mana ramai yang nak masuk menjadi pemandu. Tetapi, mereka tidak mematuhi adalah disebabkan kos.
06:22Kos pematuhan itu adalah amat tinggi. Dan apabila mereka nak dapat PSV lisens, kemungkinan kos itu
06:29dalam lingkungan RM70 sehingga RM200 atau lebih.
06:34So, saya rasa ini adalah antara perkara yang perlu dilihat oleh kerajaan bersama dengan syarikat e-healing.
06:42Baik, itu adalah daripada segi struktur sistem ini dan sehinggalah kita beralih kepada perspektif
06:48pemandu itu sendiri bercakap mengenai kos yang menjadi beban kepada mereka.
06:52Jadi, bercakap mengenai kos ini, apakah antara bentuk bantuan atau subsidi yang wajar ditawarkan
06:56bagi memastikan pematuhan tidak menjadi tekanan utama ekonomi?
07:01Okey, pertama sekali saya rasa untuk harga atau kos yang ditetapkan oleh kerajaan tersebut
07:08perlu dilihat semula, diteliti semula di mana dia kena lihatlah.
07:12Sama ada kos yang ada sekarang ini yang katakan kalau 6 jam kelas dan PSV lisens itu total RM200.
07:21Ini tak termasuk dengan kos-kos lain macam saringan untuk PDRM, saringan oleh JPJ, sama ada di blacklisted
07:32dan untuk body check-up. Yang saya percaya ini semua ada kos.
07:38Tapi, ini benda perlu diteliti balik.
07:42Kerajaan ini yang perlu diteliti balik oleh kerajaan dan bersama dengan syarikat.
07:47Di mana kemungkinan boleh dilihat macam mana harga atau kos tersebut boleh dikurangkan
07:54pada masa yang sama, sama ada kerajaan boleh memberikan subsidi untuk kos lesen PSV dan insurans.
08:01Bagi saya, itu bergantunglah kepada kerajaan.
08:07Sama ada mereka nak bagi subsidi atau mereka terus kurangkan kos tersebut.
08:11Kerana ini ditetapkan oleh jabatan-jabatan dan kerajaan.
08:15Pada masa yang sama, saya percaya perlu dilihat juga untuk syarikat untuk menanggung sebahagian kos.
08:22kemungkinan perkara ini akan menjadi, boleh dikatakan, membebankan syarikat.
08:30Tetapi, boleh dilihat.
08:32Saya percaya ada beberapa syarikat dalam pasaran telah melakukan sedemikian.
08:36Pada masa yang sama, saya percaya untuk kos masuk dalam industri ini,
08:44bolehlah kerajaan melihat kepada skin pembiayaan mikro.
08:48kerana ramai, ramai-ramai yang pemandu ingin masuk ke dalam industri ini,
08:55tetapi mereka ada isu di mana mereka tidak ada kenderaan yang sesuai.
09:00Kemungkinan kita boleh adakan satu program untuk sewa atau sewa beli
09:06yang boleh merendahkan threshold.
09:09penting untuk masuk ke dalam industri, saya percaya.
09:14Pada masa yang sama, last but not least, saya akan cadangkan juga untuk program latihan dan sokongan
09:20yang berterusan untuk pemandu-pemandu, untuk memahami keperluan pematuhan
09:26dan meningkatkan pendapatan mereka.
09:29Saya percaya daripada pendekatan kerajaan, tidak haruslah kalau kita denda atau ambil tindakan,
09:41tetapi kita boleh melalui proses pendidikan yang mendidik kepada pemandu-pemandu.
09:49Baik, tinggal berbagi kurang daripada satu minit, tapi saya nak tambah satu soalan ini dulu.
09:54Jika pemain haram seperti Indraff dan Maxim dihalang tanpa adanya pelan permukaan pasaran secara adil dan telus,
10:00adakah ini akan memberi kelebihan tidak sihat kepada pemain dominan seperti Grab?
10:04Dan bagaimana kerajaan boleh pastikan bahawa penguatkuasaan terhadap aplikasi haram
10:09tidak memwujudkan monopoli baru atau kurangkan pilihan pengguna secara drastik?
10:13Ya, secara langsung kalau kita mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat
10:19dan menyebabkan mereka tidak wujud dalam pasaran,
10:22ini akan menyebabkan satu kewujudan di mana kita kata anti-kompetitif
10:28atau menyebabkan persaingan tersebut berkurangan
10:32dan menyebabkan pemain-pemain yang sedia ada seperti Grab atau syarikat yang lain
10:39dia menjadi dominant dalam pasaran.
10:42apa yang dimasukkan ialah mereka tidak ada persaing
10:45maka mereka boleh menetapkan harga untuk upah
10:50dan juga harga untuk yang menggunakan perkhidmatan.
10:57Untuk perkara tersebut, tiada apa-apa kawasan yang ada
11:02atau undang-undang yang boleh menetapkan kos atau harga tersebut
11:06yang menyebabkan, saya percaya, pemain-pemain yang sedia ada
11:11yang tidak terkesan dengan isu ini menjadi dominant.
11:15Ini saya percaya memang tidak sihatlah menyebabkan satu pasaran yang,
11:21persaingan yang tidak sihat.
11:23Maka saya akan cadangkan supaya kerajaan menentu balik benda ini
11:29di mana tindakan perlu diambil
11:31tetapi pada masa yang sama kita mesti memastikan pasaran tersebut adalah pasaran yang sihat.
11:38Dan saya percaya kerajaan boleh meneliti balik
11:43di mana bagaimana kita boleh membuka pasaran kepada pemain baru.

Recommended