Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Kerjasama BRICS perkukuh akses dagang Malaysia - PM

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam hal itu, status Malaysia sebagai negara rakan kepada BRICS pada tahun 2025 membuka peluang baru untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan serantau.
00:11Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata peluang ini memberi tumpuan kepada kerjasama antara negara membangun di selatan global yang semakin pesat membangun.
00:20Beliau menyatakan bahawa BRICS kini menjadi platform kukuh untuk kerjasama praktikal dan saling membantu sesama negara.
00:30Katanya platform ini tidak meminggirkan hubungan dengan blok lain seperti ASEAN atau Kesatuan Eropah sebaliknya bersifat terbuka dan seimbang.
00:40Beliau menjelaskan bahawa Malaysia mengambil pendekatan pragmatik sebagai negara perdagangan yang aktif dalam memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan pelbagai negara.
00:49Sebagai contoh katanya Malaysia telah menertangani FTA dengan Emiria Arab Bersatu UAE dan United Kingdom dan sedang mengukuh rundingan bersama Kesatuan Eropah.
00:59Anwar menyatakan FTA merupakan mekanisme berkesan untuk melancarkan aliran dagangan dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
01:08BRICS pula memberi tumpuan kepada sektor strategik seperti bahan mentah, makanan dan petrokimia yang sering berdepan ketindak seimbangan pasaran.
01:17Tambah beliau status rakan kepada BRICS membolehkan Malaysia terlibat secara langsung dalam perundingan ekonomi yang memberi manfaat besar kepada negara.
01:26Ujarnya penyertaan ini menjadikan Malaysia lebih kompetitif dalam ekonomi global serta memperkukuh daya saing jangka panjang negara.
01:33Terima kasih kerana menonton!
01:35Terima kasih kerana menonton!

Recommended