Tiga individu termasuk Pengarah Urusan dan pengurus kilang ditahan dalam pemeriksaan di kawasan Perindustrian Pasir Gudang di Johor Bahru, pada Khamis.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Tiga individu termasuk pengarah urusan dan pengurus kilang ditahan dalam pemeriksaan di kawasan perindustrian pasir gudang di Johor Baru pada Khamis.
00:10Pengarah Jabatan Alam Sekitar JAS Johor, Dr. Mohd Fahmi Yusof berkata, penahanan itu susulan aduan awam berhubung pelupusan haram buangan terjadual di sebuah gudang terbiar di kawasan terbabit.
00:24Siasatan mendapati terdapat buangan terjadual yang ditanam di kawasan semak oleh sebuah premis pembuatan minyak bahan api.
00:33Hasil siasatan lanjut menemui lebih kurang 16 bekas bahan cercai mengandungi buangan terjadual SW311 iaitu buangan minyak atau enap cema berminyak yang disimpan dalam bangunan tinggal di kilang.
00:46Sebanyak tiga sampel bahan dianalisis Jabatan Kimia Negeri Johor.
00:50Menurut Dr. Mohd Fahmi, tangkapan terhadap dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 28 hingga 62 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 37 Kurungan C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
01:03Katanya siasatan lanjut kes itu dilakukan berhubung pencemaran ke atas tanah di bawah Seksyen 24 Kurungan 1 dan Seksyen 34B Kurungan 1 Kurungan A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
01:14Tegasnya pihak industri adalah diingatkan sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pakturan-pakturan di bawahnya.
01:23Kegagalan mematuhi terhadap peruntukan jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas syarikat dan juga pengarah syarikat.