Trump dakwa Iran terima cadangan, Tehran nafi terima apa-apa
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden AS Donald Trump mendakwa Iran telah menerima cadangan daripada Washington berkaitan program nuklear negara itu.
00:07Trump turut memberi amaran bahawa Teheran perlu bertindak pantas untuk menyelesaikan petikaian yang telah berlarutan selama beberapa dekat.
00:17Bercakap kepada wartawan dalam pesawat Air Force One selepas meninggalkan Air Media Arab 1 UAE,
00:23Trump berkata Iran telah menerima cadangan dan perlu bertindak segera atau sesuatu yang buruk akan berlaku.
00:30Namun begitu, Menteri Luar Iran Abbas Araqqi dalam satu hantaran di PlatformX menafikan bahawa Teheran telah menerima sebarang cadangan rasmi dari Washington.
00:40Jelasnya tiada senario di mana Iran akan melepaskan hak yang telah diperoleh dengan susah payah untuk memperkaya uranium bagi tujuan ramai.
00:49Araqqi turut menegaskan pendirian Iran yang konsisten dalam perundingan nuklear.
00:52Katanya Iran tetap berpendirian tegas dan jelas, iaitu hormati hak dan tamat kesekatan, maka akan ada perjanjian.
01:02Beliau berkata Iran sentiasa mengaluk-alukan dialog yang berasaskan saling menghormati dan menolak sebarang bentuk paksaan.
01:09Sementara itu, satu sumber Iran yang rapat dengan pasukan perunding menyatakan bahawa Teheran masih belum menerima sebarang dokumen rasmi dari Amerika Syarikat.
01:19Namun negara perantara Oman telah menerimanya dan akan menyerahkannya kepada Teheran tidak lama lagi.
01:25Pertikaian berkenaan program nuklear Iran telah menjadi punca ketegangan utama antara Washington dan Teheran sejak bertahun-tahun,
01:33dengan beberapa usaha diplomatik sebelum ini gagal mencapai kata sepakat yang berkekalan.
01:38Terima kasih telah menonton!