Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Perkongsian erat Malaysia, Rusia tidak gugat hubungan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu semula, Perdana Menteri Dato' Syedina Ibrahim berkata hubungan erat Malaysia dan Rusia tidak seharusnya dilihat sebagai situasi menang atau rugi kerana sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, Malaysia perlu mengembangkan perkongsian untuk melindungi kepentingan ekonominya.
00:16Beliau meragaskan mengukuhkan hubungan dengan sesebuah negara tidak bermakna melemahkan hubungan dengan negara lain termasuk Amerika Syarikat.
00:23Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari akhir lawatan rasmi empat hari beliau ke Rusia.
00:31Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada hubungan erat dengan Moskow akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara lain.
00:38Semasa lawatan tersebut, Anwar mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin, Perdana Menteri Mikhail Mishustin dan pelbagai pemimpin industri di Moskow dan Khazad.
00:49Menurut Anwar, sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, Malaysia terus komited untuk mengembangkan perkongsian perdagangan secara meluas dan bebas sebagai sebahagian daripada usaha untuk melindungi dan mempromosikan kepentingan ekonomi negara.
01:04Jelasnya Malaysia adalah sebuah negara perdagangan terbuka dan untuk melindungi kepentingan, Malaysia perlu meluas pasaran dan perkongsian perdagangan.
01:12Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia terus mengalung-alukan pelaburan dari Amerika Syarikat sambil memberi contoh perbincangan yang berlangsung antara agensi Malaysia dan beberapa agensi Amerika Syarikat baru-baru ini.
01:26Mengenai sekatan yang dihadapi Rusia, Anwar mengulangi pendirian Malaysia bahawa hanya sekatan yang disahkan oleh institusi pelbagai hala seperti pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB yang akan diambil pertimbangan dalam dasar luarnya.
01:40Sementara itu mengenai isu berkaitan pembayaran dibangkitkan oleh perniagaan Malaysia yang beroperasi di Rusia, beliau berkata kedua-dua kerajaan sedang berusaha untuk mencari penyelesaian.
01:51Semasa lawatan beliau, Anwar memberi tumpuan kepada meningkatkan kerjasama ekonomi, terutamanya dalam industri halal dan kewangan Islam.

Recommended