Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang warga emas ditemukan lemas pagi ini, di dalam kenderaan pacuan empat roda yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Sarawak berdekatan Jambatan Tun Salahuddin, Kuching.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang warga emas ditemukan lemas selepas kenderaan pacuan 4 roda yang dipandunya terjunam ke dalam sungai Sarawak berdekatan Jambatan Tun Salahuddin di Kuching.
00:15Ketua Polis Daerah Kuching, SCP Alexsen Nagachawu berkata mayat lelaki yang berusia 62 tahun itu ditemukan oleh anggota penyelam bomba di dalam kenderaan tersebut di dasar sungai pada pukul 10 pagi tadi.
00:28Beliau berkata hanya seorang sahaja mangsa yang ditemukan dalam kenderaan tersebut dan kes masih dalam siasatan.
00:35Tegasnya pihak polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil membantu dan tidak membuat sebarang spekulasi.
00:45Pusat Kerakan Operasi PGO Bomba Sarawak dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang terjatuh ke dalam sungai Sarawak berdekatan Jambatan tersebut pada pukul 10 malam tadi.
01:02Menurut saksi, kenderaan itu pada mulanya diletakkan di bawah Jambatan berkenaan sebelum bergerak dan jatuh ke dalam sungai.
01:09Terima kasih.

Recommended