Lonjakan pengeluaran itu berlaku selepas China dan AS pada Isnin mengumumkan satu siri langkah pengubahsuaian tarif yang bertujuan untuk meredakan ketegangan perdagangan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kilang-kilang di China berlumba untuk memenuhi permintaan dari Amerika Syarikat susulan pelonggaran tarif antara kedua-dua negara baru-baru ini.
00:08Lonjakan pengeluaran itu berlaku selepas China dan Amerika Syarikat umumkan satu siri langkah pengubahsuaian tarif yang bertujuan
00:15meredakan ketegangan perdagangan selepas perbincangan antara kedua-dua pihak di Geneva hujung minggu lalu.
00:21Di sebuah kilang di timur Shanghai, pekerja sibuk menampal label, menyeterika fabrik dan membungkus barang yang dipesan yang sebelum ini tidak dapat dihantar susulan pertikaian tarif.
00:35Di wilayah Jiangsi, sekumpulan peniaga tekstil kini beroperasi sepenuhnya selepas menerima tempahan baharu untuk 100,000 pakaian kanak-kanak daripada pelanggan yang berpengkalan di Amerika pada Selasa.
00:57Syarikat itu bukan sahaja mendapat semula pelanggan dari Amerika tetapi juga mengembangkan pengeluaran bagi pasaran Eropah dan domestik.
01:05Sementara itu syarikat pengeluar topi keledar menerima notis pada Isnin untuk menyambung semula penghantaran 500,000 topi keledar sukan yang sebelum ini telah ditangguhkan.
01:14Terima kasih telah menerima kasih telah menerima kasih telah menonton!