Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Tragedi menyayat hati menimpa seorang warga emas, Saudah Mat Zin, 71 tahun, yang dilaporkan hilang semalam dan akhirnya ditemui lemas di Sungai Setol, Bukit Jawa, Selising.

Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan polis serta bomba menemukan mayat mangsa pada tengah hari tadi.
Transcript
00:00Warga emas Saudah Madzin yang dilaporkan hilang pada Rabu ditemukan lemas di Sungai Setul, Bukit Jawa, Selising di Pasir Putih pada Khamis.
00:09Ketua Polis Daerah Pasir Putih, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria dalam satu kenyataan berkata, Saudah 71 tahun ditemukan pada 12 tengah hari.
00:20Mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis dan bomba.
00:24Ujah beliau warga emas itu dilihat kali terakhir pada 7.25 malam Rabu di sebuah rumah di kampung Bukit Tanah, Selising.
00:33Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kematian warga emas itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah DCC Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Pasir Putih atau Balai Polis Selising di Talian Tertera.
00:45Laporan juga boleh dibuat di Balai Polis Berhampiran bagi membantu siasatan.

Recommended