Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah tiba di ibu negara Qatar, Doha bagi melaksanakan lawatan kedua dalam rangka lawatan ke negara-negara Teluk.

Terdahulu, beliau menyatakan semula komitmen strategik dan perkongsian Amerika Syarikat dengan rantau itu dalam ucapan pada sidang kemuncak antara Amerika Syarikat dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh, Arab Saudi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baiklah ini baru sahaja kami terima Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Ibu Negara Qatar Doha dalam rangka lawatannya ke negara-negara teluk.
00:09Ketibaan Trump disambut Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Tani sebaik sahaja beliau melangkah keluar dari pesawat Air Force One.
00:17Ini merupakan lawatan kedua Trump ke negara-negara teluk.
00:20Agenda Trump termasuk mengadakan pertemuan bersama Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al-Tani bagi membincangkan kerjasama ketenteraan dan keselamatan serantau.
00:30Sebagai rakan penting dalam usaha perantaraan serantau, Qatar juga dijangka membincangkan usaha genjata-senjata di Gaza bersama Presiden Trump.
00:40Trump dijadualkan meneruskan lawatannya ke Emiriyah Arab Bersatu UAE selepas lawatan di Qatar.
00:47Selain itu, Presiden baru Syria, Ahmed Al-Sharah, turut dijangka mendapatkan sokongan Trump dalam usaha melonggarkan sekatan ke atas Syria, susulan hubungan rapat dengan Doha.

Recommended