Seramai 25 individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki pihak berkuasa Malaysia menerusi Notis Merah dikeluarkan polis antarabangsa (INTERPOL) setakat ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seramai 25 individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki pihak berkuasa Malaysia menerusi notis merah dikeluarkan polis antarabangsa Interpol setakat ini.
00:10Daripada jumlah itu, dua adalah warga Malaysia iaitu bekas anggota unit tindakan khas UTK Polis Diraja Malaysia PDRM, Sirul Azhar Umar, berusia 54 tahun yang disahabitkan dalam kes pembunuhan model munggolia Altan Tuyasharibu.
00:24Seorang lagi warga Malaysia dalam senarai itu ialah ejen insurans wanita Kuih Koh Ng yang diburu kerana terbabit dalam tiga kes pertuduhan penipuan skim insurans tidak wujud.
00:37Selebihnya 23 lagi individu dalam senarai notis merah Interpol adalah warga asing yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia atas pelbagai kesalahan jenayah yang dilakukan di negara ini.
00:47Semakan Astro Awani mendapati empat daripadanya adalah suspek warga Korea Utara yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam iaitu Abang Tiri Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un yang berlaku pada 13 Februari 2017.
01:02Mereka adalah Ri Ji-hyun, Oh Jong-gil, Ri Jae-nam dan Hong Song-hak dengan usia masing-masing kini antara 40 hingga 64 tahun.
01:11Turut tersenarai masing-masing seorang warga United Kingdom, Romania, Belgium, Vietnam dan China, masing-masing dua warga Bangladesh dan Myanmar serta 10 warga Thailand termasuk seorang wanita.
01:23Mereka adalah antara 6,563 individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki menerusi notis merah dikeluarkan Interpol seluruh negara.
01:33Sementara dua lagi rakyat Malaysia pula dalam senarai dikehendaki Hong Kong atas kesalahan pengubahan wang dan Singapura bagi kesalahan membunuh.
01:41Semakan juga mendapati nama ahli perniagaan dalam buruan Low Tech Jo atau Jolo tiada dalam senarai itu.
01:48Namun kemencian dalam negeri sebelum ini menegaskan permohonan notis merah kepada Interpol terhadap Jolo masih lagi aktif.
01:55Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pernah dilaporkan berkata kebiasaannya proses permohonan itu tidak mengambil masa lama dan ia akan dilakukan secepat mungkin bagi membantu serta melengkapkan siasatan kes.
02:11Terima kasih.
02:11Terima kasih.