Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Negara teluk perjuang isu Gaza, kedaulatan Palestin

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pada isu Gaza mendapat perhatian lebih besar dalam hari kedua lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Asia Barat.
00:06Ia selepas pemimpin Majlis Kerjasama Teluk GCC mengetengahkan isu tersebut dalam sidang kemuncak bersama kepimpinan Amerika hari ini.
00:15Luqman Haris ada laporan lanjut dari Riyadh, Arab Saudi. Luqman.
00:18Ya, Jasmine. Jika semalam dominasi hari pertama lawatan Presiden Trump ke Arab Saudi dan juga negara-negara Asia Barat ini didominasi oleh perjanjian ekonomi dan juga perjanjian pelaburan dan pengumuman pelaburan ratusan bilion dolar ke Amerika oleh Arab Saudi
00:38sehingga mungkin membangkitkan kebimbangan dalam karangan negara-negara yang lain khasnya negara Muslim berkenaan dengan sama ada isu geopolitik khasnya isu Gaza akan dibincangkan dan diperjuangkan.
00:48oleh Arab Saudi dan negara Teluk.
00:50Tapi, hari kedua ini kita lihat Majlis Kerjasama Teluk GCC yang mempunyai enam anggota dalam kalangan negara-negara Teluk termasuk Arab Saudi, Kuwait, Oman, Qatar dan juga Emirat Arab Bersatu
01:02membuat keputusan untuk mengetengahkan isu Palestine secara terus kepada kepimpinan Amerika Syarikat dan juga Presiden Trump.
01:09Ini termasuk satu rayuan secara terbuka oleh putera mahkota Arab Saudi, Muhammad bin Salman dalam sidang kemuncak Amerika Syarikat GCC
01:18yang berlancong awal hari ini.
01:20Saksikan.
01:20Ya, jadi ini mungkin perkembangan yang lebih menjegarkan kerana isu Gaza tidak banyak dibincang semalam pada hari pertama lawatan Trump.
01:46Apa yang disebut oleh Presiden Trump semalam adalah beliau mengakui bahawa penduduk Palestine dan penduduk di Gaza deserve better.
01:53Mereka berhak untuk dilayan dengan lebih baik dan mempunyai kehidupan yang lebih baik tetapi ia hanya berhenti di situ sahaja.
02:00dan hari ini kita lihat inisiatif yang baru oleh Arab Saudi dan negara-negara teluk untuk mengetengahkan isu ini dan merayu dan meminta Amerika Syarikat
02:08dan juga menawarkan diri mereka untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam mengejar keamanan yang komprehensif dan juga berkekalan di Gaza.
02:17Isu-isu lain juga diumumkan antara perkara yang mungkin menggambil perhatian adalah pengumuman oleh Presiden Trump
02:23berkenaan dengan keputusan pentadbirannya untuk memansuhkan sekatan ekonomi terhadap Syria.
02:29Awal hari ini Presiden Trump bertemu dengan pemimpin baru Syria Ahmad al-Syarah untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut
02:35dan juga dikongsi oleh beliau adalah keputusan kepimpinan Amerika Syarikat dan keterbukaan mereka untuk mengadakan perjanjian dengan Iran.
02:43musuh tradisi Arab Saudi dan juga Amerika Syarikat. Jadi di antara pengumuman Trump kena dengan Iran, Syria dan juga kita lihat kemahuan politik yang lebih tinggi
02:54dalam kalangan negara teluk dan mungkin Amerika Syarikat untuk memperjuangkan isu di Gaza, lawatan Trump sepanjang dua hari di Arab Saudi dan empat hari di Asia Barat ini
03:05mungkin berpotensi membuka lembaran baru dan memberi aturan baru di Asia Barat dan juga di peringkat global.
03:12Trump selepas ini akan ke Qatar dan juga Amerika Arab Bersatu di mana kita jangkakan tema-tema isu yang sama akan dibincangkan.
03:19Sudah tentu semua kita akan bawakan terus di saluran 501 dan juga di astroawani.com.
03:25Buat masa sekarang ini, kita kembali dari Riyadh ke Jasmin di Bukit Jalil.
03:28Sampai jumpa di video selanjutnya.

Recommended