Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Tiga pegawai bank direman, babitkan pinjaman lebih RM21 juta

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selanjaya Penjagaan Rasuah Malaysia SPRM telah menahan 3 pegawai 2 institusi perbankan di Kuala Lumpur yang melibatkan pengurus peniagaan, ketua jabatan dan pengurus cawangan kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram serta rasuah membabitkan permohonan pinjaman lebih RM21 juta.
00:18Pintah reman 5 hari sehingga 18 Mei ini terhadap kesemua suspek lelaki yang berusia antara 30 hingga 40-an dikeluarkan Magistrat Muhammad Dini Shazwan A.B. Syukur selepas permohonan dibuat di Mahkamah Session Putrajaya pada pagi Rabu.
00:36Menurut sumber ketiga-tiga suspek disyaki secara bersama telah memiliki, mengubah, memindah dan menggunakan wang hasil bayaran rasuah yang diterima daripada tiga syarikat sekitar tahun 2024.
00:49Berdasarkan siasatan awal, salah seorang suspek berjawatan ketua jabatan itu dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah lebih RM170,000 daripada tiga syarikat yang telah membuat lima permohonan pinjaman keseluruhannya berjumlah lebih RM21 juta.
01:04Ia sebagai balasan kerana memproses dan meluluskan pinjaman yang dibuat oleh syarikat berkenaan.
01:09Sumber berkata ketiga-tiga suspek telah ditahan sekitar jam 4 hingga 5 petang selasa di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.
01:19Susulan tanggapan itu juga SPRM turut membekukan empat akaun perbankan milik individu melibatkan nilai RM268,000
01:26selain menyita tiga unit peranti telekomunikasi dan sebuah komputer riba.
01:31Sementara itu pengarah bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram AMLSPRM Nurhaiza Muhammad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan
01:39terhadap kesemua suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4 kurungan 1 kurungan B
01:44Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 AMLA TFPUAA 2001.
01:54Terima kasih kerana menonton!

Recommended