Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Ulasan Pensyarah Kanan Sains Politik UiTM, Tunku Nashril Tunku Abaidah mengenai kekuatan generasi penerus PKR teraju jawatan nombor dua parti bagi pemilihan tahun ini.
Transcript
00:00Baik dan untuk waktu dan jam ini kita akan memberi fokus kepada satu perbincangan ringkas di mana kita akan memberi fokus kepada kekuatan generasi baru PKR di mana semalam saya sendiri telah menjalankan perbincangan memfokuskan kepada pemilihan bagi jawatan timbalan Presiden Parti Kedilan Rakyat PKR yang akan berlangsung dalam masa terdekat.
00:21Dan pastinya kita mengupas secara spesifik mengenai kekuatan calon-calon yang akan mempertahankan jawatan seperti Datuk Seri Rafizie Ramli sendiri dan persoalan mengenai adakah Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution akan bertanding untuk jawatan timbalan Presiden masih menjadi teka-teki sehingga kini.
00:40Namun untuk waktu dan jam ini kita akan bersama dengan Tungku Nasrul Tungku Abaidah yang merupakan pensyarah kanan sains politik Universiti Teknologi Mara UITM bagi sama-sama kita mengupas isu generasi baru PKR dan Tungku Nasrul Assalamualaikum terima kasih kerana studi bersama Esra Wani untuk waktu dan jam ini.
00:57Baik mungkin boleh kongsikan kepada kita bagaimana kalau sebelum ini fokus itu terarah kepada jawatan kerusi jawatan timbalan Presiden itu sendiri adakah Nurul Izzah Anwar akan bertanding?
01:09adakah Datuk Seri Saifuddin Nasution akan bertanding? adakah Rafizie Ramli sendiri akan mempertahankan jawatan?
01:13Jadi saya nak alihkan fokus itu sedikit bagaimana agaknya calon timbalan Presiden ini boleh orang kata membawa arah kepimpinan PKR kepada satu bentuk ataupun satu bentuk kepimpinan yang baharu Pasca Anwar Ibrahim
01:27dan adakah dengan pendekatan ini akan mampu mendatangkan satu orang kata konsep ataupun realiti baru dalam PKR ataupun ia hanya menyambung kepada kekuatan legasi sebelum ini?
01:40Pertama sekali kita raikan kalau ada pertandingan itu kita sama-sama tunggu pengumuman rasmi dan ini adalah satu kekuatan yang ada pada parti ini
01:51tetapi seperti apa yang Syaf tanya tadi melihat kepada masa hadapan parti dan kita lihat sememangnya pertandingan ini jika ada memang sesuatu yang sangat penting
02:03kerana ia akan menentukan kepimpinan baru yang ada dalam parti dan apa yang lebih penting Syaf bukan sahaja masa depan parti itu sendiri tetapi kita melihat kepada kestabilan parti dan juga kestabilan politik dalam negara
02:17kerana komitmen yang parti harus berikan juga kepada keutuhan kerajaan perpaduan itu sendiri jadi mencari calon yang sesuai untuk parti dan juga kerajaan perpaduan itu adalah sangat penting
02:32dan saya kira inilah yang akan menentukan masa depan dan juga kestabilan politik negara Syaf
02:37Jadi Tengku Nasirul saya nak tanya juga apakah jaminan bahawa pemilihan yang akan datang ini akan benar-benar mampu mencerminkan pembaharuan dalam PKR
02:46dan bukannya orang kata mengulangi corak kepimpinan berasaskan pengaruh keluarga ataupun kamp-kamp tertentu?
02:55Saya tak nampak sebenarnya isu sangatlah berkenaan dengan pengaruh keluarga
03:00tetapi sememangnya suara generasi baharu itu akan dibawa oleh pemimpin yang akan datang
03:07itu sangat jelas saya kira dan juga pendekatan politik yang digunakan juga adalah berbeza
03:16kalau kita lihat senarai ketiga-tiga calon itu
03:19Jadi saya tidak nampak bayangan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar itu membayangi ketiga-tiga calon itulah sebenarnya Syaf
03:29Satu lagi yang cukup penting juga untuk kita lihat
03:32bagaimana calon ataupun individu yang berjaya mengisi kerusi timbalan presiden itu nanti
03:38akan mampu mengubah pandangan orang ramai kerana kita tahu PKR ini merupakan satu parti yang bermula dengan langkah reformasi mereka sendiri
03:46dan mungkin ada juga yang menganggap PKR ini kini dilihat mengikut jejak struktur politik konservatif
03:51seperti parti-parti yang sedia ada di Malaysia pada ketika ini
03:54jadi bagaimana peranan timbalan presiden yang baru ini dalam menangkis semua persepsi yang akan datang ini?
04:01Sebenarnya begini Syaf
04:02sebenarnya PKR tidak boleh berubah menjadi parti yang berhaluan konservatif
04:09agenda reformasi itu perlu diketengahkan
04:13perlu diutamakan oleh sesiapa sahaja yang menang dalam pertandingan timbalan presiden ini
04:18jadi sebab itu saya katakan sesiapa yang menang itu
04:21ialah dia penting untuk membawa agenda reformasi yang diperjuangkan oleh parti sejak sekian lama
04:30jadi itu yang pertama dan yang keduanya adalah untuk menunjulkan
04:35parti ini juga boleh menjadi satu parti yang dominant di dalam arena politik negara
04:41jadi itu sebenarnya adalah antara tugas berat yang perlu dimainkan oleh timbalan presiden yang baru
04:47ataupun yang penyandang jawatan
04:50kita tak tahu apa juga keputusannya nanti
04:53tetapi kombinasi presiden, timbalan presiden dan juga kepimpinan yang baru ini
04:57sangat penting macam saya kata tadi untuk kestabilan parti
05:03kestabilan kerajaan perpaduan
05:05dan yang lebih penting adalah meneruskan agenda reformasi itu
05:08dan inilah yang dibawa di dalam politik baru dalam Malaysia
05:12Baik, saya nak cakap juga melihat kehadapan ya
05:15sekiranya selepas PKR ini berdiri sebagai sebuah parti
05:19pasca Datuk Seri Anwar Ibrahim
05:21kelak, kita tidak tahu bila
05:22tapi bagaimana nak memastikan bahawa kepimpinan dalam PKR itu
05:25tidak sentiasa dibayangi oleh figura Datuk Seri Anwar Ibrahim
05:29dan membentuk, orang kata mungkin, orang kata membentuk satu naratif baru
05:33kepada satu parti yang lebih kukuh
05:35dan satu parti yang lebih, orang kata mungkin boleh progresif
05:39Tunggu Nasional
05:41Untuk tempoh beberapa ketika ini
05:45saya rasa bayangan Datuk Seri Anwar itu
05:47sebenarnya masih lagi perlu
05:49kerana ialah satu figura yang sangat penting
05:53dalam politik Malaysia sekarang
05:55jadi untuk kepimpinan baharu untuk lari terus daripada figura ini juga
05:59agak-agak sukar
06:00kerana ialah matlamat penubuhan parti ini juga adalah asasnya daripada Datuk Seri Anwar
06:07tetapi macam saya katakan tadi
06:09hal tujuh politik baharu yang dibawa oleh timbalan presiden sebagai contoh
06:14itu perlu menunjukkan sedikit kelainan dari sudut pendekatan politik mungkin
06:22ataupun dari sudut fokus, isu yang nak dibawakan
06:26mungkin itulah kelainan-kelainan yang mungkin boleh dibawa
06:31ataupun ditambah baik dalam apa yang ada sekarang di dalam parti itu
06:36Baik, kalau nak tanya juga mengenai isu sentimen dan juga pemahaman anak muda
06:41bagaimana Tunggu Nasional melihat pemilihan kali ini
06:46perlu untuk menangani isu kepercayaan anak muda dan pengundi atas pagar
06:50yang melihat politik sebagai lebih kurang sama
06:53tanpa tawaran sebenar dari PKR
06:56Tunggu Nasional
06:56Betul, isu kepercayaan anak muda itu sangat penting sekarang
07:03dan juga agenda-agenda pembaruan perlu diketengahkan
07:08di dalam pemilihan ini
07:10fokus kepada anak muda harus diberikan keutamaan
07:13oleh sesiapa juga yang bertanding
07:16dan juga perlu dijadikan sebagai asas juga perjuangan parti ini
07:21kerana kita melihat masa depan politik negara itu
07:24bergantung kepada anak muda yang ada pada hari ini
07:30jadi saya kira sesiapa juga yang bertanding
07:34ataupun yang mungkin bakal menang dalam pemilihan ini
07:38perkara yang penting adalah bagaimana untuk meyakinkan
07:43anak-anak muda di luar sana bahawa
07:46politik ini bukanlah seperti mana yang mereka faham
07:50politik ini ada dinamiknya
07:51politik ini ada pasang surutnya
07:54itu yang penting
07:55dan juga keterbukaan di dalam politik itu
07:57dan juga peluang yang diberikan kepada anak muda
08:00jadi sebenarnya Syaf
08:01kalau kita lihat
08:02jika ada pertandingan untuk jawatan timbalan presiden ini
08:07ia menunjukkan sebenarnya keterbukaan di dalam parti ini
08:11dan keterbukaan inilah sebenarnya yang diinginkan oleh anak muda pada hari ini
08:15untuk melihat ketelusan parti
08:17terutamanya dalam konteks pemilihan
08:20peluang yang diberikan kepada anak muda dan juga seterusnya
08:23dan mungkin soalan saya tahir untuk Tunggu Nashril
08:26kita tahu isu yang ketika ini
08:28hangat diperkatakan bahawa beberapa ketua cabang dari beberapa penegeri
08:31mencalonkan Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan timbalan presiden itu sendiri
08:35jadi mungkin ini berkaitan juga dengan meritokrasi
08:38jadi bagaimana PKR ini boleh memastikan bahawa
08:41meritokrasi benar-benar menjadi asas pelantikan dalam parti
08:45dan bukan berasaskan kepada isu nepotism yang dilawang-laungkan ketika ini
08:48Tunggu Nashril
08:49Baik, saya menjangkakan soalan dulu isu nepotism
08:55sebenarnya macam inilah
08:56kalau kita lihat meritokrasi ataupun merit
08:59sesiapa juga yang akan bertanding
09:02saya rasa ada merit untuk bertanding
09:04sesiapa juga yang akan menang
09:07dia akan menang dengan pemilihan parti
09:09dan presiden tidak menyatakan sokongan
09:12secara terbuka kepada mana-mana salun yang bertanding
09:17jadi ini apa yang kita perlu faham
09:19dan apa yang saya nampak
09:21apa yang berlaku sekarang adalah isu nepotism
09:23kaitkan Nurul Izzah dengan Dato' Sri Anwar
09:26dan kita juga perlu faham keadaan ini
09:29apa yang saya sebut tadi
09:30kesemua mereka yang bakal bertanding itu
09:33ada merit masing-masing
09:34dan mereka ini juga adalah orang lama di dalam parti
09:38mereka ini faham perjuangan parti
09:41dan mereka ini ada kedudukan sebelum ini di dalam parti
09:44jadi saya kira isu ini tidak perlu untuk diperbesarkan
09:49kerana kesemua yang bertanding itu ada meritnya
09:53yang lebih penting faham asas perjuangan parti
09:56dan juga agenda reformasi parti itu
09:58baik, terima kasih atas perkongsian dan juga jawapan tersebut
10:03kita bersama sebentar tadi dengan Tunku Nasril
10:05Tunku Abaidah
10:06yang merupakan pensyarahkanan sains politik
10:09Universiti Teknologi Mara UITM
10:10terima kasih sekali lagi
10:12sekarang dari sudi bersama dengan Surawani
10:13jam ini kita memberi fokus kepada kekuatan generasi baru PKR
10:17terima kasih atas perkongsian dan juga

Recommended