Amirudin menambah anggota parti perlu mempergiatkan gerak jentera serta merapatkan saf, disamping memperkuat hubungan bersama parti komponen Kerajaan Perpaduan bagi menyusun langkah memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kita beralih pula ke laporan politik. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Syari mengesahkan akan mempertahankan jawatan naik Presiden PKR bagi sesi 2025-2028.
00:12Amiruddin dalam kenyataan berkata hasrat tersebut sejajar dengan prinsip untuk memperkukuh PKR sebagai parti politik unggul, paksi reformasi serta teras kerajaan perpaduan.
00:23Kata Amiruddin, pemilihan PKR 2025 juga menyaksikan peluang bagi memperkukuh serta memperkemas saf kepimpinan parti menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.
00:35Jelas beliau matlamat utama pemilihan kali ini adalah untuk membentuk satu pasukan yang berkeupayaan melaksanakan cita-cita reformasi serta berkhidmat dan bekerja mendukung kepimpinan Datuk Seri Anu Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua.
00:50Dengan tema kempen reformasi cita bangsa, Amiruddin membawa gegasan yang sejajar tema bersama membina parti kita oleh calon timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar.
01:01Ahli paling menggombak itu akan mengulas dan membentangkan gegasan reformasi cita bangsa kepada seluruh anggota PKR dalam tempoh berkempen.
01:09Dalam masa sama, Amiruddin menambah anggota parti perlu mempergiakan gerak jentera serta merapatkan saf, disamping memperkuat hubungan bersama parti komponen kerajaan perpaduan bagi menyusun langkah memenangi pilihan raya umum ke-16.
01:23Setakat Jumaat, 12 ahli telah mengemukakan pencaronan masing-masing bagi merebut jawatan naik Presiden termasuk Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
01:32Terima kasih telah menonton!