Polis sedang mengatur rakaman percakapan anak kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh bersama Interpol di Kedutaan Malaysia di Singapura.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Polis sedang mengatur rakaman percakapan anak kepada Datin Sri Pamela Lingyueh bersama Polis Antarabangsa Interpol di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
00:12Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisinya Aidi Syam Mohamad berkata percakapan itu dijangka direkodkan dalam masa terdekat sebaik sahaja semua proses selesai.
00:22Kata beliau, setakat ini 25 individu termasuk suami mangsa dan pemandu Grab yang membawa Pamela pada hari kejadian sudah direkodkan keterangan.
00:31Mengulas mengenai lakaran wajah suspek yang terlibat dalam kes penculikan tersebut, Aidi Syam berkata pandangan wajah berdasarkan rakaman kamera litar tertutup CCTV masih berada pada tahap ketepatan 40%.
00:43Pamela berusia 42 tahun dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi memberikan keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya 49 April lalu.
00:57Difahamkan Pamela bersama suaminya dalam proses penceraian yang rumit, membabitkan harta bernilai tinggi.
01:03Hasil daripada perkawanan itu, pasangan itu mempunyai tiga anak.
01:07Peguam mangsa sebelum ini mengesahkan mangsa dan suaminya sedang disiasat SPRM berkaitan kes pengubahan wang haram.