Perkhidmatan penerbangan antarabangsa dan domestik di Asia Selatan terjejas susulan ketegangan yang berterusan antara India dan Pakistan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Perkhidmatan penerbangan antarabangsa dan domestik di Asia Selatan terjejas susulan ketegangan yang berterusan antara India dan Pakistan.
00:08Penerbangan awam di lapangan terbang Swinagar, wilayah Jamu dan Kashmir yang ditakbir India digantung,
00:14manakala Pakistan menutup ruang udaranya selama 48 jam.
00:19Syarikat penerbangan India pada Rabu turut memaklumkan perkhidmatan mereka terjejas di beberapa lapangan terbang di utara dan barat India akibat sekatan ruang udara.
00:28antara lokasi yang terkesan termasuk Jamu, Leh, Jodhpur, Amritsar, Butch, Mikanir, Jabnagar, Candigar dan Rajkot.
00:39Sekolah-sekolah turut ditutup di wilayah Punjab, Pakistan serta kawasan sempadan di India.
00:44Ketegangan antara kedua-dua negara yang mula memuncak sejak bulan lalu bertambah buruk pada awal Rabu susulan laporan mengenai serangan udara rentas sempadan.