Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Sanggup memanjat bumbung dan terjun ke dalam sawah demi mengelak ditahan penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia. Itu tindakan beberapa pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika Ops Gempur Sasar yang berlangsung di Changlun dan Kuala Kedah pada Rabu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sanggup memanjat bumbung dan terjun ke dalam sawah demi mengelak ditahan penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia, itu tindakan beberapa pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin parti ketika Ops gempur sasar yang berlangsung berdekatan tapak pembinaan di Changlun dan Kuala Kedah pada Rabu.
00:18Pengarah Imigresen Kedah, Muhammad Rizwan Muhammad Zain berkata operasi itu menyasarkan sektor-sektor yang bergantung kepada warga asing sebagai tenaga kerja.
00:30Katanya operasi dilaksanakan sebagai amaran kepada pihak majikan supaya tidak menggajikan parti sebagai pekerja.
00:37Kita jumpa nama orang itu lain tetapi dalam konteks rekod HR di pejabat lain. Maksudnya dia tidak cek, torunu cek pekerja-pekerja dia.
00:48Dengan kata-kata lain, kawan itu just declare mungkin verbally, terus ambil.
00:54Terus ambil. Jadi kat situ, dia akan memberi implikasi kepada majikan.
01:00Sebab itu saya selalu tekankan bahawa apa sahaja pengambilan pekerja berkaitan dengan pejabat asing,
01:07awak perlu cakapnya. Sebab satu pekerja, 10 ribu. Satu pekerja kalau di mahkamah, sekurang-kurangnya 10 ribu satu kepala.
01:17Macam hari ini kita ada lebih ke dalam 64 orang, cuba kira lah. Kalau sekiranya tersanggut semua.
01:23Maksudnya majikan ada implikasi yang cukup besar dalam konteks kompan dan juga gendah.
01:30Dan sampai peringkat sekarang ini, kita memang fokus kepada di bawah, di cah di mahkamah.
01:36Dan kalau melebihi lima orang, akan sebat. Itu implikasi terhadap majikan.
01:45Beliau memberi peringatan kepada pemaju dan kontraktor untuk memastikan pekerja mereka mempunyai permit yang sah.
01:52Dalam perasaan itu, 64 pekerja warga asing termasuk dua wanita ditahan.
01:58Mereka yang terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia dapat melakukan pelbagai kesalahan
02:04di bawah Akta Immigration 1959-63 termasuk salah guna pas pekerja, tinggal lebih masa dan ada yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
02:16Mereka ditahan mengikut Steksyen 6-1C dan Steksyen 15-1C Akta Immigration 1959-63 dan Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Immigration 1963.
02:31Mereka yang ditahan dibawa ke Perjabat Immigration Kedah untuk urusan dokumentasi sebelum dihantar ke depo tahanan di Belantik.

Recommended