Naib Perdana Menteri China, He Lifeng, dijangka mengadakan perbincangan penting dengan setiausaha perbendaharaan amerika syarikat, scott bessent, dalam lawatannya ke switzerland dari 9 hingga 12 mei ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Naib Perdana Menteri Cina He Li Feng akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Scott Pesson dalam lawatannya ke Switzerland dari 9 hingga 12 Mei ini.
00:11Menurut Jurucakap Kementerian Perdagangan Cina, perbincangan itu melibatkan isu ekonomi dan perdagangan dua hala, khususnya berkaitan tarif yang dikenakan antara kedua-dua negara.
00:21Jurucakap Kementerian memaklumkan pihak Amerika Syarikat sebelum ini berkali-kali memberi isyarat mahu mengadakan dialog dengan Cina mengenai isu tarif.
00:30Pihak Cina juga menegaskan pendirian mereka iaitu sebarang perundingan hanya akan diteruskan berdasarkan prinsip saling menghormati dan kesaksamaan tanpa sebarang tekanan atau paksaan unilateral.
00:42Tambah Jurucakap itu lagi, Cina tidak akan mengorbankan prinsip asas keadilan antarabangsa hanya untuk mencapai perjanjian dengan Amerika Syarikat malah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan sekiranya Amerika Syarikat bercakap kosong atau menggunakan rundingan sebagai alat untuk mendapatkan kehendaknya secara unilateral.