Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:00Seorang lelaki maut akibat terkena tembakan senapang patah buatan sendiri dalam kejadian di kawasan hutan tebu hitam Rompin Pahang ahad lalu.
00:18Pihak pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB menutup kesnya pada selasa selepas memanggil 26 saksi.
00:31Suami Pamela Lingyueh antara individu yang dipercayai suspek dalam kes kehilangan wanita itu berhampiran ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya 9 April lalu.
00:42Kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang hawk yang mengalami masalah nose landing gear menyebabkan penutupan lapangan terbang Sultan Abdul Halim buat sementara waktu.
00:54Kerajaan tidak menolak kemungkinan meningkatkan pengimportan bekalan beras daripada beberapa negara serantau susulan konflik yang berlaku membabitkan India dan Pakistan.
01:03Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, ASEAN-BAC mencadangkan penjenamaan semula temasha sukan C kepada sukan ASEAN bagi mempromosikan identiti serantau yang lebih kukuh.
01:16Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala 23 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di padang panjang Sumatera Barat.
01:23Pentadbiran Trump mengumumkan tawaran sebanyak $1,000 kepada mana-mana pendatang asing tanpa izin yang bersetuju untuk pulang ke negara asal secara sukarela.
01:35Beberapa kawasan di selatan Israel dilanda banjir susulan hujan lebat dan angin kencang yang mula menggana sejak ahad.
01:42Platform Skype yang menghubungkan orang ramai di seluruh dunia selama hampir 22 tahun ditutup pada Isnin.
01:53Terima kasih telah menonton!

Recommended