Usul insiaitif penubuhan pusat kerjasama baharu untuk memperkukuh kerjasama rentas sektor dalam bidang teknologi, kemampanan, dan integrasi tenaga ASEAN dibincangkan bersama Malaysia dan Jepun.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia dan Jepun mengusulkan inisiatif penubuhan pusat kerjasama baharu di negara ini
00:05sebagai wahana memperkukuh kerjasama rentas sektor dalam bidang teknologi,
00:10kemampanan dan integrasi tenaga ASEAN.
00:13Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
00:16sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia beriltizam untuk meneraju usaha serantau
00:21ke arah masa depan rendah karbon.
00:25Jelas beliau Malaysia menemut baik dukungan teknikal dan penyelidikan canggih dari Jepun.
00:30Ini termasuk melalui inisiatif seperti Komuniti Pelepasan Sifar Asia ASEAN,
00:35terutama dalam menyegerakan pelaksanaan Pelan Halatuju Peralihan Tenaga Negara NETR
00:39secara menyeluruh dan berskala besar.
00:42Ujah Anwar Jepun dengan keupayaan teknologi serta pengalaman mendalam dalam tenaga boleh baharu,
00:48bioenergi dan teknologi pemerangkapan karbon CCUS,
00:52muncul sebagai rakan yang mampu melonjak usaha Malaysia
00:55untuk menjadi hub serantau dalam inovasi tenaga mampan dan lestari.
01:00Perdana Menteri berkata usul berkenaan antara perkara dibangkitkan dalam pertemuannya
01:05bersama bekas Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida,
01:08ketika kunjungan utusan khas kepada Perdana Menteri Jepun itu pada selasa.
01:12Anwar yakin melalui kesaling hubungan yang dipeluas antara industri,
01:16dasar dan komuniti penyelidikan kedua-dua negara,
01:19Malaysia akan mampu mempercepat agenda peralihan tenaga.
01:23Antara lain, merintis penyelesaian inovatif dan mempertenguh daya tahan ekonomi serantau.
01:30Terima kasih telah menonton!