Azamuddin berkata mangsa kemudian memasukkan modal permulaan sebelum menerima sedikit pulangan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seorang bekas guru alami kerugian hingga RM82,600 setelah menjadi mangsa penipuan melalui laman Facebook berhubung tawaran membuka kedai di aplikasi TikTok atau TikTok Shop sejak 27 April lepas.
00:15Ketua Polis Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad alias Abu berkata, lelaki warga emas berusia 67 tahun itu diperdaya bagi tujuan membuka perniagaan secara dalam talian.
00:25Katanya mangsa yang berminat dengan tawaran itu diminta menghantar salinan MyCard dan sekeping gambar suafoto untuk pendaftaran akaun.
00:35Setelah TikTok Shop mangsa kononnya diwujudkan, dia dikehendaki memasukkan modal permulaan bagi kedai dalam talian itu.
00:43Azamuddin berkata mangsa kemudian memasukkan modal permulaan sebelum menerima sedikit pulangan.
00:49Mangsa menjadi semakin yakin dan memasukkan modal seterusnya iaitu sebanyak 13 kali transaksi ketujuh akaun bank berbeza yang diberikan suspek berjumlah keseluruhan RM82,600.
01:02Setelah melakukan transaksi terakhir pada ahad lepas, mangsa mula mengesyaki dirinya ditipu apabila suspek terus meminta tambahan modal.
01:10Menurut Azamuddin, TikTok Shop berkenaan juga dipercayai palsu kerana dikatakan menggunakan mata wang dolar Amerika.
01:16Mangsa tampil membuat laporan pada Isnin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan.