Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Kerajaan pantau bekalan, jualan telur ayam susulan penamatan subsidi berfasa - Fahmi

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan akan terus memantau bekalan dan jualan telur ayam bagi memastikan tidak berlaku sebarang gangguan sesulan penamatan subsidi bagi barangan itu secara berfasa bermula esok.
00:11Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fazil berkata pemantauan akan dilaksanakan secara bersama oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosara Hidup KPDN serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM.
00:24Menurut Fahmi, subsidi bagi telur ayam telah diperkenal ketika negara dilanda wabak COVID-19 yang menyaksikan berlaku gangguan kepada bekalan.
00:34Bagaimanapun, Jemaah Menteri berpandangan keputusan KPKM untuk menamatkan subsidi secara berperingkat adalah wajar mematangkan stok serta penghasilannya kini stabil dan mencatatkan peningkatan.
00:45Jemaah Menteri berpandangan bahawa apa yang dicadangkan oleh KPKM itu wajar bukan hanya dari segi penjimatan, dari segi subsidi itu, masa yang sama jumlah stok bekalan telur itu pada waktu ini lebih dari mencukupi.
01:08Kerajaan sebelum ini mengumumkan kawalan harga telur ayam akan ditamatkan manakala kadar subsidi dikurangkan daripada 10 sen kepada 5 sen sebiji perkuatkuasa esok sebelum dihentikan sepenuhnya pada 1 Ogos ini.
01:21Dan menurut kenyataan KPKM, keputusan itu dibuat setelah pihak industri memberi komitmen untuk memastikan pengeluaran telur ayam kekal mencukupi dan terjamin selain mengambil kira tempoh kawalan harga serta pemberian subsidi yang terlalu lama adalah tidak mampan bagi kelangsungan industri pengeluar telur tempatan dan kewangan negara.

Recommended