Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang buruh dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah menculik seorang kanak-kanak lelaki istimewa berusia lima tahun di Kepala Batas, bulan lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang buruh dipenjara 3 tahun oleh Mahkamah Magistrat Butterworth pada Rabu
00:05selepas mengaku bersalah menculik seorang kanak-kanak lelaki istimewa
00:09berusia 5 tahun di Kepala Batas sebulan lalu.
00:13Magistrat Aini Adilah Muhammad Faizal memerintahkan Jasri Ismail 36 tahun
00:18menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 31 Mac.
00:23Mengikut pertuduhan dia didakwa menculik seorang kanak-kanak lelaki
00:27dari bawah penjagaan bapanya di tempat letak kenderaan Masjid Kampung Bangul, Pokok Sena
00:32pada jam 8.20 malam 30 Mac.
00:35Jasri didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan
00:39yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
00:45Ketika proseding timbalan pendakwa raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli memohon hukuman setimpal
00:50berikutan tertuduh menculik kanak-kanak berusia 5 tahun yang juga berstatus istimewa.
00:56Magistret Aini Adilah kemudian memerintahkan Jasri dipenjara 3 tahun
01:01bermula dari tarikh dia ditangkap.
01:04Beliau turut menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap tertuduh
01:07selepas mengaku bersalah mencuri kereta jenis Honda BRV milik bapa kanak-kanak terbabit.
01:12Pada 30 Mac lalu, polis menahan seorang lelaki selepas melarikan sebuah kereta
01:17bersama kanak-kanak lelaki istimewa dari tempat letak kenderaan Masjid Kampung Bangul, Pokok Sena
01:22pada 30 Mac lalu. Lelaki itu diberkas bersama mangsa dan kenderaan berkenaan
01:27di sebuah stesen minyak di kawasan rehat dan rawat arenar Berang, Perak.

Recommended