Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning yang berpihak kepada UMNO membuktikan parti itu menerima peningkatan sokongan pengundi daripada kaum Melayu, pelbagai kaum, serta anak muda.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemenangan itu juga menunjukkan rakyat menolak politik perkauman, kebencian, maki hamun, dan persepsi seolah-olah Melayu dan Islam terancam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Keputusan Pilihan Raya Kecil PRK Air Kuning yang berpihak kepada UMNO membuktikan parti itu menerima peningkatan sokongan pengundi daripada kaum Melayu, pelbagai kaum serta anak muda.
00:13Setiausaha agung UMNO, Dato' Ashraf Wajid Dusuki berkata kemenangan itu juga menunjukkan rakyat menolak politik perkauman, kebencian, makihamun dan persepsi seolah-olah Melayu dan Islam terancam.
00:25Beliau berkata mesyuarat majlis tertinggi UMNO pada Rabu menzahirkan penghargaan kepada pengundi Dun Air Kuning yang memberikan kemenangan dengan majoriti besar di hampir kesemua pusat daerah mengundi.
00:36Selain itu, beliau berkata UMNO juga ingin menzahirkan penghargaan kepada jentera parti komponen barisan nasional dan Friends of BN serta Pakatan Harapan yang bekerja keras memenangkan calon mereka.
00:48Keputusan PRK Air Kuning pada 26 April lepas menaksikan BN berjaya mempertahankan kerusi itu apabila calon mereka Dr. Muhammad Yusri Bakir memperoleh majoriti 5,006 undi menewaskan calon BN Abdul Mohamin Malik dan calon Parti Sosialis Malaysia PSM Bawani KS.
01:07PRK tersebut diadakan susulan kekosongan kerusi akibat kematian penyandangnya Isham Shahruddin pada 22 Februari 2025.
01:18Terima kasih telah menonton!

Recommended