Dunia kulinari tempatan sekali lagi mencipta sejarah apabila dua jenama terkemuka tanah air, Meet Mee dan Nisabakri Gourmet, bergabung tenaga dalam satu kolaborasi eksklusif yang mencetuskan fenomena baharu menerusi pelancaran produk terbaharu mereka – Chilli Wantan Mee.
Majlis Soft Launching yang berlangsung dengan penuh meriah di Galeri KL Wellness City menyaksikan kehadiran ramai tetamu istimewa termasuk rakan media, penggiat industri makanan serta peminat setia kedua-dua jenama. Acara bergaya ini bukan sekadar pelancaran produk, tetapi turut menjadi simbol kepada sinergi kreatif antara keaslian warisan kulinari dan inovasi makanan moden.
Chilli Wantan Mee merupakan gabungan mi berkualiti tinggi hasil kepakaran jenama makanan segera Meet Mee dengan sentuhan eksklusif resipi dari Chef Puan Sri Nisa Bakri – tokoh tersohor dalam dunia masakan tempatan dan pengasas kepada Nisabakri Gourmet. Hasilnya, terlahirlah sepinggan mi yang bukan sahaja lazat dan pedas membangkitkan selera, malah mudah disediakan dan sesuai dinikmati oleh semua golongan.

Category
🛠️
LifestyleTranscript
00:00Produk ni adalah produk yang sedap, halal, boleh dimakan di mana-mana, senang untuk travel, makan di sini boleh, pergi piknik pun boleh, letak air panas saja, siap, kita dah done.
00:23So, something simple dan mudah dan sedap, harga satu paket RM6.70 sahaja, noodle dia adalah, kalau kita dah letak dalam panas kalau wangi dia lain, memang sedap, dia tak ada perisa, pengawet ni lah, macam ada pengawet ni semua kita tak ada, so kita ada lima rasa, keropok, ada keropok, ada shrimp paste, sambal,
00:51ada dia punya soy sauce yang pedas dan dia ada dia punya soy sauce yang sedap, segitu campur semua.