Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Resipi Rendang Ayam Pedas Perak - Keunikan Rasa Tradisi!

Nikmati keenakan rendang ayam pedas Perak yang penuh rempah dan rasa autentik! Sesuai untuk hidangan istimewa di rumah musim perayaan ni.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
½ kg santan segar pekat + air = 1 liter
2 keping asam keping
3-4 sudu besar kerisik kelapa goreng
1 sudu besar kunyit hidup kisar - 3 inci kunyit hidup
2-3 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai
Garam

Bahan hiris halus:
15 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
6 batang serai
3 inci halia
2 helai daun kunyit

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #resipirasa #rendangpedasperak #rendang #ingatmakaningatrasa #resipimudah #resipiviral
Transcript
00:00Hai you all, setengah beraya lagi ke tu?
00:02Hari ni Katlin nak buat rendang pedas perak.
00:05Hari tu dah buat rendang biasa.
00:07Tiba-tiba teringin pula nak makan rendang ni.
00:09Kalau buat rendang biasa, bahan-bahan ni semua kita kisar.
00:12Tapi kalau rendang pedas perak ni, kita hiris semua.
00:16Masukkan bahan-bahan yang dihiris bersama ayam dengan cili kisar.
00:20Kemudian ratakan bagi bersalut cantik semuanya.
00:23Jangan lupa pula buka api.
00:24Biarkan air ayam tu keluar semua.
00:27Sampailah dia kering.
00:28Nak bagi cepat sikit air ayam tu kering, Katlin tutup dengan penutup.
00:33Barulah cepat.
00:34Kita pun tak sabar nak makan rendang.
00:36Katlin guna setengah kilo santan.
00:38Kalau kat rumah ada santan kotak je, gunalah dua kotak santan kecil tu.
00:42Kemudian campur air sedikit.
00:45Dah mendidih macam ni, boleh masukkan kerisik.
00:47Kemudian kacau sebati.
00:50Jangan lupa perasakan dengan garam.
00:52Kalau nak bubur sebut perasa pun boleh.
00:54Tapi Katlin tak letak kali ni.
00:56Kita letak juga dua helada kunyit yang kita racik halus-halus.
01:01Dah siap macam ni.
01:01Boleh keringkan dia sekejap.
01:03Dah masak kita punya rendang pedas perak.
01:06Makan dengan ketupat, lemang ataupun nasi impik memanglah sedap sangat.
01:10Bolehlah hidang untuk tetamu yang datang nanti.
01:12Terima kasih kerana menonton!