Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Resipi Lemang Kukus Tradisional Yang Mudah & Sedap!

Cara mudah buat lemang kukus yang lazat dan berlemak! Sesuai untuk hidangan raya atau sebarang majlis istimewa. Sesekali teringin nak makan boleh buat sendiri.

Bahan-bahan:

BAHAN-BAHAN:
1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
600ml santan pekat
1 sudu kecil garam halus
8-10 biji cawan kertas
Daun pisang secukupnya

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #resipirasa #lemangkukus #lemang #ingatmakaningatrasa #resipimudah #resipiviral
Transcript
00:00Hai you all, pernah tak makan lemang kukus?
00:03Rasa dia tak kurang hebatnya macam lemang bakar yang jual kat tepi jalan tu.
00:07Nak buatnya pun mudah.
00:09Kalau ada ketamu tiba-tiba nak datang beraya, sesuai sangatlah buat ni.
00:13Ada daun pisang, ada cawan kertas, ukur ngam-ngam, potong daun pisang ikut saiz yang kita nak tu.
00:20Jangan lebih sangat, nanti susah pula kita nak kukus.
00:23Untuk 500 gram beras pulut, dapatlah 8 ke 10 cawan lemang kukus.
00:28Untuk santan, kat digunakan santan kotak je.
00:30Campur dengan sedikit garam, sebatikan dia, ketepikan dulu.
00:34Kemudian masukkan beras pulut yang kita dah rendam awal-awal.
00:38Beras pulut ni tak payah rendam lama pun tak apa.
00:41Setengah jam pun dah cukup.
00:42Letak beras pulut tu dalam 3.4 cawan, kemudian masukkan santan.
00:47Kalau yang suka lemang berlemak, lebihkan santan tu pun tak apa.
00:51Kemudian kukuslah selama 60 minit.
00:53Dalam 30 minit kukus, boleh buka sekejap penutup dan buat macam ni.
00:57Barulah santan sebati dengan beras pulut.
00:59Kemudian sambung kukus.
01:01Haa, mudah kan caranya?
01:02Dah siap lemang kukus kita.
01:04Kalau tiba-tiba tetamu nak datang, sesuai sangatlah buat lemang kukus ni.
01:08Dah tak perlu beli dah lemang.
01:10Makan dengan rendang panas-panas, memang sedap.
01:13Jangan lupa cuba. Bye!
01:14Terima kasih kerana menonton!