Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Harga minyak sawit dijangka kukuh diantara RM4000 hingga RM4,500 per tan pada tahun ini.
Transcript
00:00Harga purata minyak sayup mentah MSM dijangka berkisar sekitar RM4,200 satu tan tahun ini dan ini adalah menurut laporan terkini Kenanga Research.
00:10Ini susulan harga MSM yang kini lebih tinggi berbanding minyak soya pada suku pertama 2025 meskipun permintaan biodiesel terutamanya di Amerika Syarikat menurun.
00:20Kenanga menjangkakan bekalan yang terhad akan mengekalkan harga MSM di antara RM4,000 hingga RM4,500 satu tan bagi sepanjang tahun ini.
00:33Firma itu juga mengekalkan saranan overweight terhadap sektor perladangan kerana pendapatan yang stabil dengan 70% permintaan minyak sawit datang daripada sektor makanan dan 23% untuk biodiesel.
00:47Sektor ini juga dijangka kekal kukuh dari segi kewangan walaupun berdepan cabaran ekonomi global, sekatan pertegangan dan ketegangan geopolitik.
00:56Banyak syarikat perladangan dikatakan mempunyai tunai yang sihat, hutang terkawal dan margin keuntungan yang stabil hasil harga MSM dan biji sawit yang masih tinggi.

Recommended