Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Sebuah kapal barge (tongkang) yang membawa 150,000 liter minyak petrol tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Sandakan, kira-kira 9.5 batu nautika dari barat laut Tanjung Bidadari, pada Rabu lalu.
Transcript
00:00Bertemu semula, sebuah kapal yang membawa 150,000 liter minyak petrol tanpa kebenaran ditahan agensi pengakuasaan maritim Malaysia di perairan Sandakan, kira-kira 9.5 batu nautika dari barat Laut Tanjung Bidadari pada Rabu lalu.
00:17Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Muhammad Suhairi Husin berkata penahanan dilakukan sekitar jam 5.15 petang oleh kapal maritim KM Peringgi semasa menjalankan rondaan.
00:30Katanya sebuah kapal dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan sebelum KM Peringgi menghampiri bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.
00:38Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat awak-awak terdiri daripada tiga warga Malaysia dan dua warga Filipina berusia antara 22 hingga 64 tahun.
00:50Tambahnya kesemua kru memiliki dokumen pengenalan diri yang sah namun pemeriksaan lanjut mendedahkan kapal itu membawa muatan disyaki minyak petrol sebanyak kira-kira 150,000 liter tanpa sebarang dokumen kebenaran bertulis yang sah dipercayai melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
01:08Kapal bersama kru telah ditahan di lokasi kejadian dan seterusnya diiring ke jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.
01:19Orang awam diseru menyalurkan maklumat berkaitan jenayah maritim atau kecemasan di laut ke pusat operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

Recommended