Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) komited untuk merancang pembangunan bandar secara sistematik berpandukan pelan, selaras dengan pendekatan “plan-led” melalui pelaksanaan program flagship.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL komited untuk merancang pembangunan bandar secara sistematik berpandukan pelan selaras dengan pendekatan plan lead melalui pelasunaan program flagship.
00:12Selaras dengan komitmen tersebut, DBKL akan menganjurkan hari terbuka pindaan draft plan tempatan Kuala Lumpur 2040 PTKL 2040 di Lobby Menara DBKL 1 bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang pada 7 hingga 9 Mei ini.
00:30Program ini menjadi platform interaktif bagi orang awam dan pihak berkepentingan untuk memahami hala tujuh pembangunan Kuala Lumpur.
00:37Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Muhammad Syarif, hari terbuka ini bertujuan memberi maklumat mengenai proses pertimbangan permohonan perancangan yang dibuat secara menyeluruh berpandukan dasar setiap ada.
00:49Ia mencerminkan komitmen DBKL terhadap prinsip ketelusan dan keterangkuman dalam amalan perancangan bandar.
00:56Warga kota diberi peluang untuk meneliti terhadap pindaan draft PTKL 2040 sebelum ia diwartakan secara rasmi.
01:04Draft PTKL 2040 yang disediakan sejak 2019 berdasarkan Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 Akta 267 bakal menggantikan Plan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020.
01:15Dokumen ini menerjemahkan dasar-dasar utama Plan Struktur Kuala Lumpur 2040 PSKL 2040 yang telah diwartakan pada 19 Oktober 2023.
01:25Maimunah berkata sepanjang tempoh publiciti dari Januari hingga April 2024, DBKL telah menerima 28,000 pandangan daripada masyarakat dan pelbagai pihak berkepentingan.
01:36Sebanyak 480 sesi pendengaran telah diadakan oleh Jawatan Kuasa Pendengaran Pandangan Awam JKPPA bagi meneliti setiap pandangan secara telus dan terperinci.
01:47Orang ramai khususnya warga Kuala Lumpur dijemput hadir ke Hari Terbuka PTKL 2040 untuk memainkan peranan bersama-sama dalam membentuk masa depan Ibu Negara sebagai sebuah bandar untuk semua,
01:57mampan, peraihuni dan progresif.

Recommended