Parlimen Malaysia dengan kerjasama Dewan Negeri Selangor akan menganjurkan Mesyuarat Perundingan Ke-2 Ahli Parlimen Muda Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (YPA) dari 5 hingga 8 Mei di Klang
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Parlimen Malaysia dengan kerjasama Dewan Negeri Selangor akan menganjurkan misyarat perundingan kedua ahli Parlimen Muda Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN YPA dari 5 hingga 8 Mei di Klang.
00:12Parlimen Malaysia dalam kaitaan memaklumkan misyarat bertemakan Ensuring ASEAN's Future Youth in Action for Sustainability and Inclusivity itu akan menghimpunkan delegasi ahli Parlimen Belia dari seluruh ASEAN.
00:25Katanya misyarat ini mencerminkan usaha ASEAN yang diterajui oleh Parlimen Malaysia di peringkat legislatif untuk membangunkan rantau yang lebih terangkum, berdaya tahan, adil dan mampan melalui pemberdayaan generasi muda.
00:39Kenyataan itu memaklumkan YPA akan memfokus kepada pengukuhan penyertaan belia dalam proses pengubalan dasar berkaitan isu semasa seperti merapatkan kesenjangan ekonomi, transformasi digital dan pembangunan inklusif.
00:52Parlimen Malaysia memaklumkan ahli Parlimen Belia dari ASEAN yang dijadual menyertai misyarat itu akan menggerakkan perbincangan untuk mengemukakan cadangan yang akan dibawa ke pimpunan agung antara Parlimen ASEAN YPA ke-46.
01:05Perkara ini selaras dengan objektif khusus misyarat ini yang bertujuan untuk menjadi platform yang ampuh untuk ahli Parlimen Muda mengadvokasi dasar yang terangkum dan mampan.
01:17Misyarat ini terus menggariskan kepentingan pendekatan yang strategik dan inklusif terhadap pembangunan belia.
01:22Katanya dengan pelaburan dalam kemahiran masa hadapan, sokongan institusi yang kukuh dan pembukaan peluang ekonomi, ASEAN dapat memanfaatkan sepenuhnya tenaga dan inovasi belia untuk kemakmuran bersama.
01:34Pembukaan mesyarat itu yang dijadual pada 6 Mei akan dirasmikan oleh Yang Di-Petua Dewan Rakyat selaku Presiden AIPAR 2025, Tan Sri Johari Abdul dan disertai oleh Yang Di-Petua Dewan Negeri Selangor, Laweng San serta Setuasa Agung AIPAR, Siti Roza Merianti Abdurrahman.
01:50AIPAR adalah badan antaraparlimen yang menghimpungkan Parlimen Negara-Negara ASEAN bagi memperkukuh kerjasama serantau melalui diplomasi, perundangan dan pertukaran dasar sekeligus berperanan menyokong pelaksanaan matlamat rantau ini dalam isu seperti pembangunan mampan, keselamatan, pedagangan dan pemerkasaan belia.
02:08Parlimen Malaysia yang memegang jawatan sebagai Presiden AIPAR 2025 memainkan peranan utama dalam menerajui agenda serantau yang inklusif, mampan dan berpaksikan rakyat.