Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Amirudin berkata, proses baik pulih kediaman yang terjejas akan dimulakan minggu ini dan diharap dapat selesai sebelum akhir tahun ini.
Transcript
00:00Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Syahri berkata, proses baik pulih kediaman yang terjejas akan dimulakan minggu ini dan diharap dapat selesai sebelum akhir tahun ini.
00:10Menurutnya, baik pulih kediaman di Putra Heights akan dikendalikan oleh pemaju Saim Dabi Berhad, manakala kediaman di Kampung Kuala Sungai Baru akan dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, SPNB.
00:22Syiling maksimum yang digunakan untuk membaik pulih rumah-rumah ini adalah sebanyak RM300,000 untuk setiap unit rumah.
00:33Manakala bagi rumah-rumah yang mengalami kerosakan di bawah 40%, RM150,000 diletakkan sebagai syiling.
00:40Seterusnya, 57 unit rumah tidak mengalami kerosakan struktur, memerlukan pembaikan berskala kecil, telah ditetapkan sebanyak RM30,000 sebagai syiling perubahan.
00:50Justu dalam tiga kategori ini, yang RM30,000 adalah berdasarkan klaim ataupun berdasarkan tuntutan semula.
01:02Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri memperuntukkan wang sewaan kepada 455 keluarga dengan bantuan RM6,000 selama tiga bulan.
01:12Baki bayaran sewa untuk tiga bulan seterusnya akan diagihkan pada Julai atau Ogos depan.
01:17Amiruddin juga menambah baki bayaran untuk bulan berikutnya akan dipertimbangkan mengikut keperluan penduduk.

Recommended