Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Seorang penuntut kolej swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis sehingga putus.
Transcript
00:00Seorang penuntut Kolej Swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrate Kuala Lumpur atas pertuduhan menggigit sebagian telinga kiri seorang anggota polis sehingga putus.
00:11Tertuduh Okanyehiki Kelvin Obienke yang berusia 38 tahun didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Koperal Denerul Azraq Muhammad Khir di hadapan sebuah klinik di Metro Prima Kepung pada 25 April lalu.
00:28Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Kesiksaan yang memperentukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan juga denda.
00:36Timbalan pendawaraya Nur Farhana Muhammad Puat tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan tertuduh tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
00:45Tertuduh juga tidak diwakili peguam.
00:47Magistrate S. Magiswari kemudian menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
00:55Pada 26 April lalu, anggota polis putus sebahagian telinga kiri selepas digigit seorang lelaki warga Nigeria ketika cuba memasukkan suspek ke dalam kereta peronda polis MPV di Metro Prima di Kepung.
01:10Terima kasih telah menonton!
01:13Terima kasih telah menonton!
01:15Terima kasih telah menonton!

Recommended