Bekas penolong juruukur bahan di Majlis Perbandaran Dungun bersama isterinya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa untuk dapatkan suapan, kemuka dokumen palsu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Bekas penolong juruukur bahan di Majlis Pemandaran Dungun bersama istrinya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan dan mengemukakan dokumen palsu.
00:11Tertuduh Muhammad Hanif Ahmad bersama istrinya Maimunah Syahbuddin yang masing-masing berusia 41 dan 47 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Session Kuala Terengganu Muhammad Azhar Osman.
00:26Mengikut pertuduhan pertama hingga empat, Muhammad Hanif didakwa menggunakan jawatannya untuk suapan iaitu kontrak pekerjaan perkhidmatan pembersihan awam dan kerja berkaitan bernilai keseluruhannya lebih 4.98 juta ringgit dengan mengesyorkan syarikat milik bapa, abang dan rakannya.
00:48Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 16 Disember 2018 dan 9 Mac 2021.
00:53Bagi kesalahan itu, Muhammad Hanif yang didakwa mengikut Seksyen 23-1 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009.
01:05Sementara itu, istrinya pula berdepan 10 pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Kesiksaan.
01:12Maimunah yang ketika itu bekerja sebagai kontrakter didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu sijil akuan pendaftaran syarikat yang berbeza dan penyata akaun palsu.
01:22Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 17 Disember 2020 dan 10 Januari 2021.
01:31Mahkamah membenarkan Muhammad Hanif dan Maimunah masing-masing diikat jamin RM18,000 dan RM10,000.
01:38Mahkamah turut menetapkan 12 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
01:42Terima kasih kerana menonton!