Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM40 juta bagi proses baik pulih rumah yang terjejas akibat insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM40 juta bagi proses baik pulih rumah yang terjejas akibat insiden letupan dan kebakaran pipe gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu.
00:13Dan kita akan terus saja bersama dengan rakan setugas Madiha Abdullah untuk perincian lanjut. Jadi Madiha boleh teruskan dengan laporan.
00:19Terima kasih rakan setugas. Jemaah Menteri hari ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM46 juta menerusi pelan pemulihan dan pembangunan komprehensif bagi membantu mangsa insiden kebakaran pipe gas di Putra Heights.
00:36Jumlah itu termasuk uang sewaan kepada 455 keluarga dengan bantuan RM6,000 selama 3 bulan.
00:44Turut dilaksanakan ialah penubuhan tabung amanah bencana perumahan negara bertujuan mengumpul dana bagi membantu mangsa yang kehilangan kediaman.
00:55Kita ikuti kenyataan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ngakomeng.
00:59Melalui mekanisme ini KPKT telah menjalin kerjasama strategik dengan pihak swasta dan juga untuk membaik pulih dan membina semula rumah-rumah yang terkesan.
01:11Pengumuman hari ini adalah program dasar pemulihan yang tidak pernah berlaku, yang terbaik dalam sejarah negara kita dalam mana-mana bencana.
01:25Maka Kerajaan Medani menerusi tabung bencana perumahan negara akan memperuntukkan RM40 juta untuk kerja-kerja baik pulih dan pembinaan semula rumah-rumah mangsa Putra Heights
01:42serta di kampung Kuala Sungai Baru.
01:48Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Syari berkata,
01:53proses sebaik pulih kediaman yang terjejas akan dimulakan minggu ini dan diharap dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
02:01Dalam majlis hari ini, Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan wang sewaan selama tiga bulan kepada 70 keluarga
02:09dengan baki bayaran sewa untuk tiga bulan seterusnya dijangka diagihkan pada Julai atau Ogos depan.
02:17Amiruddin juga memaklumkan baki bayaran untuk bulan berikutnya akan dipertimbangkan mengikut keperluan penduduk.
02:24Sejumlah 219 sebuah rumah mengalami kerosakan dengan 81 mengalami kerosakan melebihi 40% dalam insiden kebakaran tersebut.
02:36Itu sahaja daripada saya di Syah Alam, kembali ke Bukit Jalil.