Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Terdapat kelemahan komunikasi dalam pelaksanaan sistem e-invois, terutama membabitkan peniaga mikro yang masih tercicir akibat pendekatan terlalu berpusat dan kurang menyentuh realiti komuniti luar bandar.
Transcript
00:00Pelaksanaan sistem e-invoice oleh kerajaan masih menunjukkan kelemahan ketara dari aspek komunikasi dan pendekatan pelaksanaan,
00:08khususnya melibatkan peniaga mikro di kawasan luar bandar.
00:13Menurut Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia DPDM, Chris Daniel Wong,
00:18sistem penyampaian maklumat dan kempen berkaitan e-invoice dijalankan secara berpusat
00:23tanpa mempertimbangkan corak komunikasi dan saluran maklumat yang biasa digunakan
00:28oleh golongan usahawan mikro.
00:32Jelas beliau, usahawan mikro mempunyai keperluan, cabaran serta gaya pembelajaran yang berbeza
00:39berbanding kumpulan pendapatan serdahana dan tinggi.
00:43Rata-rata ini kita nampak peniaga mikro ini yang kita sering panggil sebagai macet kia.
00:49Mekan ini lebih banyak bergantung pada rakan naik kumpulan WhatsApp
00:53ataupun program komuniti di peringkat kampung dan juga daerah.
00:58Katanya, pendekatan komunikasi secara top-down tidak menyampaikan mesej secara berkesan kepada golongan ini.
01:07Situasi ini menimbulkan risiko keciciran digital dalam kalangan peniaga mikro
01:11dan boleh menjejaskan keberkesanan pelaksanaan e-invoice secara menyeluruh jika tidak ditangani segera
01:17dengan pendekatan yang lebih bersasar dan inklusif.
01:21Rata-rata seperti yang saya sebut tadi itu, golongan makcik kia ini,
01:26dia banyak sangat orang kata, banyak sangat apa yang kita kata ini maklumat-maklumat yang berbeza pada setiap hari.
01:34Jadi apabila makcik ini ataupun pakcik ini, dia dengar e-invoice ini, dia akan tanya, apa benda itu?
01:39Sebab itulah apa yang Nina cakap itu betul, ramai yang tak dengar.
01:43Jadi inilah kita nampak kelemahan daripada top-down approach ini.
01:48Belia berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Rabu.
01:51Terima kasih telah menonton!

Recommended