Kerjaya penciptaan kandungan yang dahulunya sering dianggap sekadar hobi kini berkembang pesat sebagai industri bernilai tinggi, didorong oleh kreativiti dan semangat generasi Z. Swifty Agency, membuktikan golongan muda mampu menjadikan bidang ini sebagai kerjaya profesional serta menjana pendapatan stabil.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerjaya pencipta kandungan atau content creator seringkali dianggap sekadar hobi.
00:05Namun kini ia berkembang menjadi industri bernilai tinggi dipacu oleh tenaga kerja generasi Z.
00:14Ketua Pegawai Ezeketif SWIFTY Agency Alfina Nur Bashir berkata,
00:18masyarakat sering memandang generasi Z sebagai golongan yang kurang serius dalam kerjaya.
00:23Namun jika diberi ruang dan kebebasan, mereka mampu muncul sebagai kumpulan penuh kreativiti
00:28terutamanya dalam penciptaan di platform digital di mana ia adalah kekuatan generasi ini.
00:34So basically ramai yang ada stigma lah nak cakap Gen Z mungkin diorang macam tak kuat sangat in terms of kerja,
00:41diorang cepat rasa nak give up ke apa tapi sebenarnya Gen Z sangat-sangat kreatif.
00:46Diorang suka asingkan work-life balance. So that is the strength kat situ actually.
00:53So bila diorang kerja, diorang kerja betul-betul. Diorang kerja dengan kreatif.
00:57Sebab supaya diorang dapat berehat juga at the same time.
01:00Senada dengan Alfina Nur, Pegawai Ezeketif Emad Nurdin Moshidi berkata,
01:04industri penciptaan kandungan berpotensi menjana pendapatan sampingan yang lumayan selain pendapatan tetap,
01:10sekaligus menjadikannya antara sektor media digital yang popular di era ini.
01:14Kita bagi fixed monthly salary. At the same time, kita bagi commission based on the clients yang diorang handle.
01:21And also, macam Pina kata tadi, our company culture is work-life balance.
01:26So basically, they can work for Swifty full-time. At the same time, they can do their financing for other brands.
01:32So they can earn easily about, I think, RM6,000 to RM7,000 a month just by contemplation.
01:37Sementara itu, penerapan budaya kerja yang fleksibel menjadi antara daya tarikan utama dalam bidang ini
01:43sebagai diakui Eksekutif Media Sosial, Alisa Mazan.
01:46Basically, Swifty ni very fleksibel. Like kalau I, contoh, I dah kerja hari ni, I ada job.
01:54And then, I habis until 3 je, I boleh terus balik. Few company takkan bagi you balik.
02:00They akan bagi, macam, okay, you stay until 6, 7. But, kat Swifty, you habis kerja, you siap,
02:06and then you can do whatever you want. As long as you dah siap kerja, you.
02:10Swifty Agency, sebuah platform yang menumpukan kandungan TikTok berasaskan kandungan dijana pengguna, UGC,
02:16diasaskan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PKP,
02:20memainkan peranan dalam membantu peniaga kecil, mengatur strategi pemasaran
02:23dan mengembangkan perniagaan mereka menerusi perniagaan dalam talian.